Gagal Jawab Isu RM1.3 Juta, Muhyiddin Serang Najib
Gagal Jawab Isu RM1.3 Juta, Muhyiddin Serang Najib
Kali ini dapat dilihat, mantan Perdana Menteri ke 8, Mahiaddin Md Yasin, benar-benar tertekan.
Rakyat menuntut penjelasan dari beliau mengenai dakwaan saksi kes UKSB, David Tan, bahawa beliau menerima RM1.3 juta dari UKSB.
Walau pun telah memberikan penjelasan, namun ianya dipertikaikan kerana keraguan fakta yang beliau beri.
Malah mantan Perdana Menteri ke 6, DS Najib sendiri meragui penjelasan yang diberikan Mahiaddin.
Baca di sini:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/594940278663581
Akibatnya Mahiaddin diserang netizen dan menuntut Mahiaddin berterus terang atau memberikan jawapan dengan jujur.
Namun hingga sekarang tiada sebarang penjelasan lanjut yang diberikan baik dari Mahiaddin, mahu pun dari PPBM.
Akhirnya mungkin kerana terlalu tertekan dan marah, Mahiaddin menyerang DS Najib.
Mahiaddin berkata, Najib tidak perlu berlagak seperti hakim untuk membuat keputusan mengenai dakwaan terhadapnya.
“Dia bukan hakim, elok dia uruskan dia punya masalah (kes mahkamah)”.
“Saya dah selesai buat satu kenyataan dan saya tak mau tokok (tambah) lagi,” jelas Mahiaddin.
Sabarlah, DS Najib sudah diserang dan dituduh macam-macam lebih dari 4 tahun, namun beliau tetap tenang menjelaskan satu persatu.
Mahiaddin belum sampai seminggu ‘ditelanjangkan’, janganlah terlalu emosi.
Lagi pun DS Najib cuma menjelaskan apa yang sememangnya bukan sahaja kelihatan tidak betul, tetapi sememangnya tidak betul.
Tidak apalah, nanti dengan SPRM, Mahiaddin akan diberikan peluang kedua untuk memberitahu cerita yang sebenar…😉😉😉
Gagal Jawab Isu RM1.3 Juta, Muhyiddin Serang Najib
Disyorkan Untuk Anda :
- Mahathir Tidak Sepatutnya Memburukkan Lagi Hubungan Kerajaan Pusat Dengan Istana Johor
- Muhyiddin Tetap Mahu Zuraidah Di Gantikan Dengan Ahli Parlimen PPBM
- Pemuda DAP Johor Cuba Bermain Api Dengan Istana Johor
One Comment