Jawatankuasa perkasa Mahkamah Syariah ditubuhkan semula

Jawatankuasa perkasa Mahkamah Syariah ditubuhkan semula

Jawatankuasa perkasa Mahkamah Syariah ditubuhkan semula

KUALA LUMPUR: Kerajaan mewujudkan semula Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah (JKMMS) bagi mempertingkat dan memartabatkan sistem perundangan Syariah secara holistik selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pada masa sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, mengumumkan perlantikan 12 tokoh sebagai ahli jawatankuasa berkenaan yang diketuai bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha.

“Kerajaan amat yakin dengan kewibawaan serta pengalaman luas beliau dalam pentadbiran hal ehwal Islam akan membantu usaha kerajaan untuk memperkukuh institusi kehakiman syariah,” katanya dalam kenyataan hari ini.





Antara tokoh lain yang turut dilantik ialah Peguam Cara Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz.

Idris berkata kerajaan yakin dengan kewibawaan mereka yang dilantik untuk berusaha, menjalankan kajian dan memberikan cadangan akan membawa kepada penambahbaikan serta transformasi institusi mahkamah syariah negara.

“Selamat menjalankan amanah ini dengan sepenuh hati demi agama, negara dan ummah. Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan pedoman dalam setiap tindakan yang dilaksanakan,” katanya.

Sebelum ini, dilaporkan JKMMS ditubuhkan pada Ogos 2017 setelah dipersetujui pada Mesyuarat Jemaah Menteri ketika itu.

PAS Kelantan Mula Laksanakan Undang Undang Syariah, Tetapi Apa Matlamat Sebenarnya?





Jawatankuasa perkasa Mahkamah Syariah ditubuhkan semula

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Perikatan Nasional Hadapi Krisis Dalaman Yang Serius

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker