Kenyataan Saksi Kes Syed Saddiq Buktikan Pendakwaan Bermotifkan Politik Wujud

Kenyataan Saksi Kes Syed Saddiq Buktikan Pendakwaan Bermotifkan Politik Wujud

Kenyataan Saksi Kes Syed Saddiq Buktikan Pendakwaan Bermotifkan Politik Wujud

“Anak kami ditekan supaya menyokong Muhyiddin,” begitu antara maksud keterangan ibu dan bapa Syed Saddiq di mahkamah dalam perbicaraan kes Syed Saddiq.

Syed Abdul Rahman (bapa) dan Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz telah dipanggil untuk memberi keterangan ke atas kes pecah amanah dan AMLA yang dihadapi anak mereka, Syed Saddiq.

“Sejujurnya saya katakan bahawa sokongan kepada Muhyiddin ketika itu adalah tipis (pada 2020)”.





“Sudah pasti anak saya akan dianiaya kerana politiknya tidak sehaluan dengan Muhyiddin”.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya Gobind sama ada Syed Saddiq disiasat untuk memaksanya menyokong Muhyiddin

Menjawab soalan Gobind sama ada Syed Saddiq ditekan untuk menyokong kerajaan ketika itu di bawah Muhyiddin, dia turut bersetuju.

Sharifah Mahani juga memberitahu mahkamah pegawai SPRM telah ‘menasihatkan secara berseloroh’ supaya menasihatkan anaknya supaya menyokong kerajaan PN ketika itu.

“Pegawai SPRM itu berkata, adalah lebih baik jika saya menasihati anak saya supaya mengikut sahaja kerajaan yang ada sekarang supaya saya dan suami tidak disiasat lagi,” jelas Sharifah Mahani.





Kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua ibubapa Syed Saddiq jelas membuktikan bahawa pendakwaan bermotifkan politik sememangnya wujud di Malaysia.

Pihak eksekutif yang mempunyai kuasa telah menggunakan kuasa mereka untuk menekan musuh politik mereka.

Institusi penguatkuasaan digunakan sewenang-wenangnya oleh mereka untuk melepaskan kemarahan dan dendam mereka terhadap musuh politik mereka.

Undang-undang disalahgunakan untuk melihat musuh politik mereka diaibkan.

Walau pun fakta pendakwaan tidak lengkap, malah adakalanya keterangan saksi meragukan, tidak menjadi halangan kepada mereka.





Sebaik sahaja kertas siasatan dibuka, mereka telah menghukum musuh politik mereka sebagai bersalah dan menghebahkannya ke seluruh dunia.

Inilah yang berlaku di dalam pendakwaan kes SRC, 1MDB dan UKSB.

Sebelum keadaan menjadi semakin parah, mereka ini WAJIB disingkirkan dari terus berkuasa di dalam PRU 15 nanti.

 

Kenyataan Saksi Kes Syed Saddiq Buktikan Pendakwaan Bermotifkan Politik Wujud

 





Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker