KES PUKUL PENGHUNI KONDOMINIUM LIBATKAN PELAKON
SEORANG LAGI SAKSI DIPANGGIL BERHUBUNG
KES PUKUL PENGHUNI KONDOMINIUM LIBATKAN PELAKON
“Kita telah panggil individu berkenaan, dan dia telah hadir untuk dirakam percakapan. Kertas siasatan kini sedang dilengkapkan untuk tindakan selanjutnya,” kata Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai.
Seorang individu telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes pukul melibatkan seorang pelakon lelaki popular di sebuah kondominium di Sentul pada Khamis lalu. Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, siasatan dijalankan mendapati individu berkenaan terlibat dalam kejadian tersebut.
Terdahulu, seorang pelakon tempatan diberkas selepas dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan, kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan reman empat hari.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata, pelakon lelaki berusia 30-an berkenaan yang juga penghuni di kondominium sama disyaki menumbuk dan menendang mangsa dalam kejadian pada jam 8.30 malam itu.
KES PUKUL PENGHUNI KONDOMINIUM LIBATKAN PELAKON
Disyorkan Untuk Anda :
- Apa Punca Mahathir ‘Hadiahkan’ Pulau Batu Puteh Kepada Singapura?
- Kenyataan Saksi Kes Syed Saddiq Buktikan Pendakwaan Bermotifkan Politik Wujud
- Gagal Jawab Isu RM1.3 Juta, Muhyiddin Serang Najib
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.