Lelaki dikhuatiri lemas di hulu empangan Bakun

Lelaki dikhuatiri lemas di hulu empangan Bakun
Anggota bomba mencari lelaki yang dilaporkan hilang di hulu empangan Bakun. NSTP/IHSAN JBPM

Lelaki dikhuatiri lemas di hulu empangan Bakun

BELAGA: Seorang lelaki dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas di Ulu Naha Nyabong di hulu Empangan Hidro Elektrik Bakun, di sini, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan lelaki terbabit, Heli Nyalong, 36, selepas dimaklumkan oleh anggota polis Belaga pada jam 3.15 petang.

Berikutan itu, katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan oleh empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belaga.

“Anggota yang terbabit dalam operasi itu menaiki bot ke lokasi yang memerlukan masa perjalanan selama empat jam dari jeti Bakun.





“Agar sukar berhubung dengan pasukan SAR kerana tiada liputan telekomunikasi di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Operasi SAR itu turut dibantu lima anggota polis, tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM), dua anggota Lembaga Sungai Sarawak (LSS) dan 46 penduduk kampung.

Sehingga jam 4 petang ini, tiada perkembangan terkini operasi SAR itu diterima.

Lelaki Pakistan hilang ketika mandi di Empangan Semenyih ditemui lemas





Lelaki dikhuatiri lemas di hulu empangan Bakun

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Perikatan Nasional Hadapi Krisis Dalaman Yang Serius





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker