Menteri Perancis disiasat kes rogol

Menteri Perancis disiasat kes rogol
Chrysoula Zacharopoulou. – Foto AFP

Menteri Perancis disiasat kes rogol

PARIS: Pendakwa raya Perancis menjalankan siasatan terhadap seorang menteri muda dalam kerajaan Presiden Emmanuel Macron yang didakwa dalam dua kes rogol.

Dakwaan rogol itu berlaku ketika Chrysoula Zacharopoulou yang kini setiausaha kerajaan untuk pembangunan, Francophonie dan perkongsian antarabangsa bekerja sebagai pakar sakit puan, menurut majalah Perancis Marianne.

Satu laporan dibuat pada 25 Mei dan siasatan dibuka dua hari kemudian, kata pihak pendakwa. Laporan kedua difailkan pada 16 Jun.

Zacharopoulou, 46, kelahiran Greece, menyertai kerajaan Perdana Menteri Elisabeth Borne pada Mei, selepas menjadi ahli Parlimen Eropah selama tiga tahun.





Beliau menjadi terkenal pada 2015 dengan berkempen untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai endometriosis bersama-sama dengan aktres Julie Gayet, yang tahun ini berkahwin dengan bekas presiden Perancis Francois Hollande.

Zacharopoulou terbabit dalam usaha pelancaran vaksin coronavirus COVAX Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan lantang menyokong hak reproduktif wanita.

 


Disyorkan Untuk Anda :


Ini bukanlah dakwaan rogol pertama yang membayangi kerajaan Macron dan berlaku pada masa kesukaran politik bagi presiden selepas beliau gagal mengekalkan majoriti dalam pilihan raya parlimen.

Pendakwa raya menyiasat Menteri Dalam Negeri Gerald Darmanin berhubung dakwaan rogol yang difailkan pada 2017. Beliau menafikan sebarang salah laku dan pendakwa pada Januari meminta kes itu digugurkan.





Menteri Solidariti Damien Abad juga menjadi sasaran dakwaan rogol dalam kontroversi yang tercetus bulan lalu tetapi pendakwa raya Perancis berkata mereka tidak membuka siasatan pada masa ini. – AFP

Perikatan Nasional Hadapi Krisis Dalaman Yang Serius

Menteri Perancis disiasat kes rogolDisyorkan Untuk Anda

 






Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Perikatan Nasional Hadapi Krisis Dalaman Yang Serius





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker