Pembinaan ibu negara baharu Indonesia sedang berjalan

Pembinaan ibu negara baharu Indonesia sedang berjalan
Presiden Indonesia, Joko Widodo; Speaker Dewan Rakyat, Puan Maharani dan Menteri Kerja Raya dan Perumahan Awam, Basuki Hadimuljono melawat Empangan Semoi Sepaku Dam di wilayah Kalimantan Timur, Indonesia, hari ini. – Foto REUTERS

Pembinaan ibu negara baharu Indonesia sedang berjalan

JAKARTA: Kerja-kerja pembinaan awal ibu negara baharu Indonesia yang dirancang, Nusantara, kini sedang berjalan, kata Presidennya, Joko Widodo.

Pengumuman oleh beliau yang lebih dikenali sebagai Jokowi, menandakan beberapa kemajuan sudah dicapai dalam projek bernilai AS$32 bilion (RM141 bilion) itu, yang diragui ramai pakar akan menjadi kenyataan.

Projek mega itu, bahagian utama agenda ekonomi Jokowi, akan menyaksikan Indonesia memindahkan ibu negaranya dari Jakarta yang sesak teruk ke kawasan kurang membangun di pulau Borneo.

Jokowi melawat tapak empangan, hari ini dan berkata, pembinaan dijadualkan bermula bulan depan di jalan baharu ke Nusantara.





Tiada tempoh masa diumumkan bila ia akan menjadi ibu negara.

“Kewujudan empangan ini menunjukkan pembangunan infrastruktur asas sudah bermula,” katanya dalam satu kenyataan.


Disyorkan Untuk Anda :


Parlimen Indonesia meluluskan rang undang-undang pada Januari lalu, yang menyediakan rangka kerja undang-undang bagi pembangunan ibu negara baharu itu, yang sehingga kini adalah kemajuan paling ketara daripada idea yang dipermainkan selama beberapa dekad.

Bagaimanapun, hasil tinjauan oleh Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa Indonesia (CSIS) pada bulan ini mendapati, hampir 59 peratus daripada 170 pakar yang ditemuramah tidak pasti sama ada Nusantara akan menjadi kenyataan, yang memetik ketidakpastian mengenai pembiayaan dan pengurusan.

Agensi Perancangan Pembangunan Nasional Indonesia menyatakan, dianggarkan 19 peratus daripada pembiayaan pembangunan Nusantara itu akan dibiayai belanjawan negara, dengan baki dana daripada perkongsian awam-swasta dan pelaburan swasta. – REUTERS





SPRM tahan pengurus syarikat pembinaan

Pembinaan ibu negara baharu Indonesia sedang berjalan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Perikatan Nasional Hadapi Krisis Dalaman Yang Serius

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker