Penamat kedua pusingan ketiga jadi azimat Norhakim di Terengganu

Penamat kedua pusingan ketiga jadi azimat Norhakim di Terengganu
Pelumba ONEXOX Racing, Md Norhakim Md Norhafizullah.

Penamat kedua pusingan ketiga jadi azimat Norhakim di Terengganu

KUALA LUMPUR: Penamat tempat kedua diraih pada Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2022 bakal menjadi azimat buat pelumba ONEXOX Racing, Md Norhakim Md Norhafizullah di Litar Terengganu pada Jumaat dan Sabtu ini.

Norhakim berjaya menaiki podium buat julung kali dalam kariernya dalam kelas CP125 di Litar Antarabangsa Sepang (Selatan) baru-baru ini dan untuk pusingan seterusnya di Terengganu, dia berazam untuk mengulangi kejayaan berkenaan.

Litar di Pantai Timur itu dianggap sebagai sebuah trek yang teknikal namun bagi Norhakim, dia sudah bersedia mengharungi cabaran dengan melakukan persiapan daripada sudut fizikal dan mental.

“Saya akan cuba mengulangi kejayaan seperti di Litar Sepang sebelum ini,” katanya. “Untuk itu, saya meneruskan latihan kecergasan fizikal supaya dapat menguasai Litar Terengganu yang agak teknikal.





“Litar Terengganu adalah litar kegemaran saya. Saya dan rakan sepasukan akan melakukan yang terbaik untuk berjaya padda pusingan keempat nanti. Matlamat kali ini adalah mengumpul sebanyak mata yang mungkin bagi pasukan saya.”

Pelumba yang memasuki tahun kedua dalam kelas CP125 itu kini berada di tangga keenam keseluruhan dengan 20 mata manakala Md Hafiza Rofa (ONEXOX TKKR Racing Team) mendahului carta dengan 75 mata.

Untuk rekod, pada Pusingan 5 dan 6 yang berlangsung di Terengganu musim lalu, Norhakim yang berasal dari Kelantan, menamatkan kedua-dua perlumbaan masing-masing di tempat ke-19 dan kelapan.

Harapan tinggi azimat Barty





Penamat kedua pusingan ketiga jadi azimat Norhakim di Terengganu

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Perikatan Nasional Hadapi Krisis Dalaman Yang Serius





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker