Perancis bergelut gelombang baharu COVID-19

Perancis bergelut gelombang baharu COVID-19
Alain Fischer. – Foto fail AFP

Perancis bergelut gelombang baharu COVID-19

PARIS: Perancis berdepan gelombang baharu jangkitan COVID-19 yang didorong varian baharu, kata ketua program vaksinasi Perancis, Alain Fischer pada Rabu.

Bercakap di televisyen France 2, beliau berkata tidak ada keraguan terdapat sekali lagi peningkatan wabak di negara itu, sambil menambah beliau secara peribadi mahu pemakaian pelitup muka dikuatkuasakan semula kepada pengguna pengangkutan awam.

“Persoalannya ialah: ‘apakah intensiti gelombang ini?'” kata Fischer.

Negara-negara Eropah lain terutama Portugal, juga menyaksikan peningkatan, disebabkan dua subvarian Omicron baharu BA.4 dan BA.5, yang, menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah, (ECDC) berkemungkinan menjadi dominan di rantau ini.





Varian itu dilihat tidak membawa risiko penyakit teruk daripada varian Omicron yang lain tetapi ia lebih menular dan ia boleh menyebabkan peningkatan kemasukan ke hospital dan kematian, kata ECDC.

Secara tradisinya, terdapat kelewatan dua minggu antara kes dan trend kemasukan ke hospital dan kemudian kelewatan yang sama mengenai kematian COVID.


Disyorkan Untuk Anda :


 

Jangkitan baharu semakin meningkat sejak akhir Mei di Perancis, dengan purata pergerakan tujuh hari bagi kes baharu harian hampir tiga kali ganda antara 27 Mei iaitu 17,705 dan 50,402 pada 14 Jun.

Jumlah itu bagaimanapun masih tujuh kali lebih rendah daripada rekod 366,179 yang dicapai pada awal tahun.





Bilangan orang yang dimasukkan ke hospital untuk penyakit itu jatuh ke paras terendah dalam tempoh enam bulan iaitu 13,876 pada Sabtu tetapi ia meningkat sebanyak 458 dalam tempoh tiga hari lalu, pada 14,334, paras tertinggi bagi tempoh hampir tiga minggu.

Jumlah kematian COVID meningkat sebanyak 56 dalam tempoh 24 jam pada Selasa, mencecah 149,162. – REUTERS

 

Perancis bergelut gelombang baharu COVID-19

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Perikatan Nasional Hadapi Krisis Dalaman Yang Serius

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker