Perikatan Nasional Hadapi Krisis Dalaman Yang Serius

Perikatan Nasional Hadapi Krisis Dalaman Yang Serius

Perikatan Nasional Hadapi Krisis Dalaman Yang Serius

Perikatan Nasional kini sedang bergelut dengan krisis dalaman yang cuba disembunyikan.

Namun ibarat bangkai gajah, sudah pasti tidak akan dapat disembunyikan.

Perikatan Nasional dianggotai oleh 3 parti teras, PPBM, PAS dan Gerakan.





Perpecahan Dalam PPBM

Parti PPBM kini sedang berhadapan dengan keadaan yang tidak menentu.

Belum reda isu Zuraidah meninggalkan PPBM, kini muncul pula isu Presiden PPBM akan disoal siasat oleh SPRM.

Presiden PPBM, Mahiaddin Md Yasin akan dipanggil SPRM untuk disoal siasat berkenaan dakwaan menerima RM1.3 juta dari UKSB.

Dakwaan itu dibuat oleh pengarah UKSB, David Tan dalam keterangan beliau di mahkamah berhubung kes DS Zahid Hamidi.

Lebih membimbangkan pemimpin PPBM, 10 lagi Ahli Parlimen PKR yang melompat ke PPBM akan mengikuti Zuraidah.





Dan terkini pula, Azmin Ali dikesan telah mengatur sesuatu dengan beberapa wakil dari PKR.

Apakah PPBM akan kehilangan kesemua Ahli Parlimen PKR yang melompat?

Perbalahan Antara PPBM Dan PAS

Manakala PAS pula dikatakan berada dalam situasi yang tidak menentu ekoran keghairahan PPBM membentuk PH 2.0 dalam khemah besar.

PAS sedar, idea khemah besar hanyalah helah kepada penjenamaan semula Pakatan Harapan dalam menghadapi PRU 15.

Sedangkan pemimpin dan parti yang berada dalam khemah besar adalah sama dengan pemimpin dan parti di dalam Pakatan Harapan.





Penyertaan PAS dalam PH 2.0 telah ditolak secara jelas oleh DAP dan PAN.

DAP mempunyai alasan tersendiri untuk menolak PAS.

DAP bergantung sepenuhnya sokongan dari pengundi bukan Melayu.

Manakala pengundi bukan Melayu masih lagi melihat PAS sebagai parti keagamaan yang terlalu ekstrim.

Isu perayaan Bon Odori menguatkan lagi persepsi mereka terhadap PAS.





DAP lebih rela menolak PAS dari menghadapi risiko kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu.

PAS kini benar-benar tersepit, mahu menyertai PPBM dalam PH 2.0, telah ditolak.

Mahu kembali kepada UMNO dalam Muafakat Nasional juga telah ditolak.

Besar kemungkinan PAS terpaksa bergerak solo dan berhadapan kehilangan beberapa kerusi parlimen dalam PRU 15.

Persengketaan Antara PAS dan Gerakan

Manakala parti Gerakan pula ibarat hidup segan, mati tak mahu di dalam Perikatan Nasional.





Gerakan gagal menyaingi DAP dalam mendapatkan sokongan pengundi bukan Melayu.

Memburukkan keadaan, pengumuman Gerakan akan bertanding di beberapa kerusi DUN di Kelantan, jelas meretakkan hubungan antara PAS dan Gerakan.

PAS persoalkan mengapa Gerakan mahu bertanding di kawasan yang PAS yakin boleh menang.

Manakala Gerakan pula mempersoalkan mengapa PAS tidak mahu berkongsi kuasa dengan Gerakan.

Bukankah PAS dan Gerakan berada di bawah satu bumbung?

Pemerhati politik pula berpendapat, mungkin Perikatan Nasional tidak akan mengalami nasib seburuk Pejuang dalam PRU 15.

Tetapi sekiranya Perikatan Nasional dapat memenangi 3 kerusi parlimen dalam PRU 15, itu sudah dikira sebagai bernasib baik.

 

Perikatan Nasional Hadapi Krisis Dalaman Yang Serius

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

23 Comments

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker