Pesara swasta didakwa 12 pertuduhan ubah wang haram RM1.7 juta

 Pesara swasta didakwa 12 pertuduhan ubah wang haram RM1.7 juta
Suranderan (tengah) mengaku tidak bersalah atas 12 pertuduhan terbabit pengubahan wang haram hampir RM1.7 juta di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini. – NSTP/ FAIZ ANUAR

Pesara swasta didakwa 12 pertuduhan ubah wang haram RM1.7 juta

SHAH ALAM: Seorang pesara swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 12 pertuduhan terbabit pengubahan wang haram membabitkan nilai hampir RM1.7 juta.

Pengakuan itu dibuat tertuduh, K Suranderan, 60, sejurus semua pertuduhan membabitkan kesalahan yang didakwa dilakukannya antara tempoh 2019 hingga 2021, dibacakan di hadapan Hakim Helina Sulaiman.

Berdasarkan pertuduhan, Suranderan didakwa melupuskan wang RM1,685,543.27 juta yang juga hasil aktiviti haram ke dalam akaun bank milik empat syarikat, tiga individu serta empat akaun bank dan kad kredit miliknya sendiri, dengan nilai antara paling rendah RM11,398 dan paling tinggi RM516,480.

Semua kesalahan didakwa dilakukan di Bank OCBC (Malaysia) Cawangan Klang antara 14 November 2019 hingga 29 Mac 2021.





Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda atau nilai hasil aktiviti atau RM5 juta atau mana-mana lebih tinggi.


Disyorkan Untuk Anda :


 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Zalizan Lazarous, manakala tertuduh diwakili Peguam K Renuka dan V Ayasamy.

Semasa prosiding, Noor Zalizan mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis terdekat.

“Pihak kami mohon agar mahkamah mengambil kira jumlah kerugian dihadapi sebagai mana dalam pertuduhan,” katanya.





Bagaimanapun, Renuka memohon anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar munasabah mengambil kira tahap kesihatan dihadapinya.

“Dia mempunyai penyakit serangan panik dan masih menerima rawatan. Selain kes di mahkamah ini, anak guam saya turut dituduh atas kesalahan lain di Mahkamah Majistret Klang dan sentiasa mematuhi kehadiran pada tarikh sebutan di mahkamah terbabit,” katanya.

Hakim Helina menetapkan jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah selain tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 19 Ogos depan.

Pendakwaan tarik balik rayuan hukuman penjara 2 lelaki





Pesara swasta didakwa 12 pertuduhan ubah wang haram RM1.7 juta



Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Perikatan Nasional Hadapi Krisis Dalaman Yang Serius

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker