Saingan dulu lebih sengit – Chong Wei

Saingan dulu lebih sengit - Chong Wei
Lee Chong Wei (kiri) dan Taufik Hidayat mengakui saingan ketika ini tidak sesengit era mereka dahulu. – Foto AGENSI

Saingan dulu lebih sengit – Chong Wei

KUALA LUMPUR: Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei mengakui jika diberi peluang untuk mengubah perjalanan kerjayanya, dia berharap usianya berada dalam linkungan 20-an ketika ini bagi membolehkan dia meraih lebih banyak kejayaan berbanding ketika eranya sebagai pemain.

Bekas pemain nombor satu dunia itu berkata, jika dibandingkan dengan sekarang, persaingan ketika dia masih lagi bermain lebih kompetitif dengan kehadiran pemain handalan yang lain seperti Lin Dan (China), Taufik Hidayat (Indonesia), Peter Gade (Denmark), dan Chen Long (China).

“Kalau ada perkara yang boleh diubah, saya nak ubah umur saya kepada 22 tahun sekarang. Saya rasa lebih banyak peluang (menang kejohanan).

“Saya bukan mahu sombong tetapi dulu waktu saya bermain, persaingannya memang sangat sengit berbanding sekarang,” kata Chong Wei ketika siaran secara langsung di aplikasi TikTok bersama Taufik.





Taufik turut bersetuju dengan pandangan disuarakan Chong Wei apabila mengakui dirinya juga mungkin berpeluang meraih kejayaan lebih baik sekiranya berada diusia muda ketika ini.

“Saya percaya dengan Chong Wei. Kalau kamu beraksi sekarang, peluang kamu lebih banyak. Bukannya ada rasa sombong, tapi jika kami berdua berada dalam lingkungan usia 22 hingga 23 tahun sekarang, mungkin kami boleh menang (kejohanan) lagi.

“Apapun saya dan Chong Wei harus bersyukur. Tidak semua yang kami idamkan akan diraih, pasti akan ada impian yang tak dapat dipenuhi,” katanya.

Aksi panas, sengit separuh akhir Piala Malaysia malam ini





Saingan dulu lebih sengit – Chong Wei


 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Perikatan Nasional Hadapi Krisis Dalaman Yang Serius





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker