Salah sedih pemergian Mane
Salah sedih pemergian Mane
LONDON: Mohamed Salah memuatnaik kenyataan menyentuh hati atas sumbangan Sadio Mane selepas pemain itu mengesahkan perpindahan ke Bayern Munich.
Bintang Senegal berusia 30 tahun itu melengkapkan perpindahan ke kelab juara Jerman berkenaan semalam.
Dia menandatangani kontrak tiga tahun di Allianz Arena, tempat dia akan membantu pasukan dari Bavaria itu meneruskan dominasi dalam Bundesliga.
Bagaimanapun Mane meninggalkan rakan serangan dan kawan karibnya, Salah yang sedih dengan pemergiannya.
Hero Mesir itu yang kini sedang bgercuti, memuatnaik gambar mereka bersama di Twitter termasuk ketika meraikan Piala FA bulan lalu.
“Terima kasih atas semua tempoh yang bagus dan saya doakan awak yang terbaik dalam pengembaraan baharu!
“Kami semua akan merindui awak.”
Pasangan berkenaan melalui kejayaan bersama di Anfield dengan Salah menyertai Liverpool pada 2017, setahun selepas Mane tiba dari Southampton.
Dalam tempoh lima tahun itu, mereka menang Liga Perdana, Piala FA, Piala Liga, Liga Juara-Juara, Piala Dunia Kelab dan Piala Super. – AGENSI
Salah sedih pemergian Mane
Disyorkan Untuk Anda :
- Apa Punca Mahathir ‘Hadiahkan’ Pulau Batu Puteh Kepada Singapura?
- Kenyataan Saksi Kes Syed Saddiq Buktikan Pendakwaan Bermotifkan Politik Wujud
- Gagal Jawab Isu RM1.3 Juta, Muhyiddin Serang Najib
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.