Shukor pelumba terakhir dipilih sertai Kejuaraan Motocross Dunia

Shukor pelumba terakhir dipilih sertai Kejuaraan Motocross Dunia
Pelumba motocross negara, Muhammad Shukor Kamarudin dipilih membawa cabaran negara pada Kejuaraan Motocross Dunia MXP di Samota-Sumbawa, Indonesia hujung minggu ini.

Shukor pelumba terakhir dipilih sertai Kejuaraan Motocross Dunia

KUALA LUMPUR: Seorang lagi pelumba motocross negara dipilih untuk melengkapkan empat tiket ‘wildcard’ bagi menyertai Pusingan 12 Kejuaraan Motocross Dunia MXGP 2022 yang dijadual berlangsung di Samota-Sumbawa, Indonesia hujung minggu ini.

Muhammad Shukor Kamarudin menjadi pelumba terakhir untuk bersama-sama tiga lagi wakil negara iaitu Muhammad Hakimi Iroly, L Dharwin dan T Patthipat yang buat julung kalinya menyertai kejohanan berprestij dalam arena motocross itu.

Shukor, 33, berkata, peluang diraihnya itu bakal digunakan dengan sebaiknya apatah lagi ini adalah penyertaan julung kali negara di Kejuaraan Motocross Dunia MXGP dan berazam untuk mengharumkan nama Malaysia.

“Saya akan cuba sedaya upaya dalam MXGP di Sumbawa dan mengharumkan nama Malaysia,” kata Shukor ketika ditemui dalam majlis pelepasan di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.





“Saya akan cuba berikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Ini kali pertama dalam sejarah dan sudah pasti saya dan rakan sepasukan yang lain akan cuba yang terbaik mungkin.”

Shukor adalah pelumba senior dalam pasukan ALS Motorsports dan baginya, pengalaman dimilikinya akan dikongsi bersama rakan sepasukan bagi mengharungi cabaran di Indonesia nanti.


Disyorkan Untuk Anda :


“Ini tanggungjawab bersama dan kami akan cuba lakukan yang terbaik. Mungkin kalau ada pengalaman lebih itu, kami akan kongsi bersama. Saya mungkin sedikit berusia daripada yang lain dan sekiranya ada pengalaman yang kurang atau lebih itu, kami akan kongsi bersama untuk mengharumkan nama Malaysia,” katanya.

Di Indonesia nanti, Shukor dijadual menyertai kelas MX1 450cc manakala Hakimi, Dharwin dan Patthipat beraksi dalam kelas MX2 250cc.

Skandal DNB: Muhyiddin, Saifuddin & Zafrul Mesti Jawab





Shukor pelumba terakhir dipilih sertai Kejuaraan Motocross Dunia

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Perikatan Nasional Hadapi Krisis Dalaman Yang Serius

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker