Suspek guna senapang angin buatan sendiri tembak mati kucing jiran

Suspek guna senapang angin buatan sendiri tembak mati kucing jiran

Suspek guna senapang angin buatan sendiri tembak mati kucing jiran

MELAKA: Polis mengesahkan senapang angin yang dirampas dalam kes menembak mati seekor kucing di Bukit Rambai, di sini, kelmarin, adalah senjata buatan sendiri.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata polis turut merampas beberapa alatan dipercayai alat ganti senapang itu berserta 17 butir peluru penabur ketika menggeledah rumah suspek semalam.

“Senapang angin itu dipercayai dibuat oleh si anak sebelum digunakan oleh bapanya untuk menembak kucing itu.





“Setakat ini, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui dari mana suspek belajar membuat senapang angin itu,” katanya.

Semalam, polis menahan seorang bapa dan anak lelakinya selepas dipercayai terbabit perbuatan menembak mati kucing menggunakan senapang angin di Bukit Rambai, di sini, kerana marah haiwan itu memasuki rumah mereka.

Perbuatan itu terbongkar selepas pemilik kucing membawa haiwan itu yang mengalami muntah darah serta luka di belakang badan ke klinik haiwan untuk rawatan dan doktor mengesahkan ia ditembak hasil penemuan geguli besi di dalam badan.

Lelaki mati ditembak polis bersenjatakan senapang





Suspek guna senapang angin buatan sendiri tembak mati kucing jiran

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Perikatan Nasional Hadapi Krisis Dalaman Yang Serius





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker