SYAMSUL YUSOF AKUI ADA SEBAB BERDIAM DIRI

"SAYA MASIH DALAM PROSES SELESAIKAN KEMELUT RUMAH TANGGA"

SYAMSUL YUSOF AKUI ADA SEBAB BERDIAM DIRI

SYAMSUL YUSOF AKUI ADA SEBAB BERDIAM DIRI

“Inilah kehidupan, saya pun pernah berumur belas tahun. Saya pun dah umur berapa sekarang. I am aware of that. Saya bukan lari ke apa cuma saya ambil tindakan untuk berdiam diri, itu yang terbaik, iyalah kerana pihak sana dah keluarkan.

“Saya tidak mahu bila saya cakap nanti menyinggung perasaan isteri, menyinggung perasaan mana-mana pihak. Tapi itulah dia kadang-kadang orang sekarang ini, netizen menganggap, minta maaf saya cakap.

“Tanpa kita sedar menganggap the real life now is for them to watch dan macam makan popcorn. What’s next? Apa episod minggu depan? Tapi ini kehidupan sebenar, ini adalah pilihan saya atau siapa sahaja artis yang diberi pilihan, untuk tidak memberikan komen.





“Sudah tentu akan sampai masanya saya akan beritahu. Tak akan saya nak diam sampai ke sudah. Saya tidak begitu. Saya masih dalam proses menyelesaikan masalah kemelut rumah tangga saya. Jadi itulah dia,” demikianlah jelas pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof yang akui dirinya sebenarnya dalam proses menyelesaikan kemelut rumah tangganya.

Ditemui media usai siaran langsung program Meletop, Syamsul berkata, dia mengambil keputusan untuk berdiam diri kerana tidak mahu menyinggung mana-mana pihak.

Dalam pada itu, Syamsul juga turut menafikan dakwaan netizen yang mengatakan bapa kepada dua anak ini sudah bertunang dengan wanita bernama Ira Kazar yang merupakan anak kepada pelakon veteran Kazar.


Disyorkan Untuk Anda :


“Baru-baru ini pula kata Syamsul dah bertunang, kat mana pula saya bertunang? Hari itu keluar saya dah kahwin pula,” ujarnya.

Terdahulu, pada Mei lalu muncul desas-desus mengatakan Syamsul sudah berkahwin senyap-senyap dengan Ira. Terbaharu, pada 21 Jun, isterinya Puteri Sarah telah berkongsi satu tangkap layar yang mendakwa Syamsul telah melangsungkan pertunangan dengan wanita tersebut.





PUTERI SARAH: “SAMPAI BILA NAK TERUS BERDIAM & BIARKAN MENTAL SAYA SAKIT”

SYAMSUL YUSOF AKUI ADA SEBAB BERDIAM DIRI

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Perikatan Nasional Hadapi Krisis Dalaman Yang Serius

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker