Wanita terselamat selepas kereta terbabas, terbakar

Wanita terselamat selepas kereta terbabas, terbakar
KUALA LUMPUR: Seorang wanita sempat menyelamatkan diri apabila kenderaan dipandunya terbabas dan terbakar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim berhampiran Terowong Duta menghala ke pusat bandar, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi itu, mangsa yang berusia 52 tahun dipercayai hilang kawalan menyebabkan PERODUA Myvi dipandunya terbabas ke sebelah kiri lebuh raya sebelum terbakar.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur memaklumkan sepasukan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah bersama sebuah jentera FRT dan EMRS digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan daripada mangsa melalui sistem MERS999 pada jam 9.22 pagi.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Irdayu Ishak, berkata setiba pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati sebuah kereta yang berada di bahu jalan sedang terbakar.
“Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh tujuh minit dan kemusnahan kebakaran dianggarkan 90 peratus.
“Pemandu kereta sempat keluar menyelamatkan diri dan tidak cedera,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Wanita terselamat selepas kereta terbabas, terbakar
Disyorkan Untuk Anda :
- Apa Punca Mahathir ‘Hadiahkan’ Pulau Batu Puteh Kepada Singapura?
- Kenyataan Saksi Kes Syed Saddiq Buktikan Pendakwaan Bermotifkan Politik Wujud
- Gagal Jawab Isu RM1.3 Juta, Muhyiddin Serang Najib
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.