Zii Jia tidak beraksi di Sukan Komanwel

Zii Jia tidak beraksi di Sukan Komanwel
KUALA LUMPUR: Skuad badminton negara menerima tamparan hebat menjelang Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang bermula 28 Julai hingga 8 Ogos depan selepas jaguh perseorangan lelaki, Lee Zii Jia mengesahkan dia menarik diri daripada temasya berkenaan.
Pemain nombor lima dunia itu, berkata keputusan berkenaan dibuat bagi membolehkan dia memberikan fokus yang lebih terhadap persiapan bagi menghadapi Kejohanan Dunia di Tokyo, Jepun, yang berlangsung 22 hingga 28 Ogos.
Katanya, ia adalah keputusan yang sukar memandangkan mewakili Malaysia di Sukan Komanwel adalah salah satu daripada impiannya sebagai pemain badminton negara.
“Keputusan ini dibuat disebabkan faktor keadaan tubuh badan saya selepas beraksi dalam banyak kejohanan berturut-turut. Dengan keadaan sekarang, saya tidak cukup rehat.
“Saya perlu memilih antara Sukan Komanwel dengan Kejohanan Dunia. Saya juga mengadakan perbincangan berpasukan pasukan saya dan kami putuskan untuk memberi fokus yang lebih kepada Kejohanan Dunia,” kata Zii Jia menerusi rakaman video yang dimuat naik di Twitter Astro Arena.
Zii Jia berkata dia ketika ini sedang cuba sedaya upaya untuk memastikan dia berada keadaan terbaik bagi beraksi di Terbuka Malaysia yang akan bermula 28 Jun hingga 3 Julai ini dan Masters Malaysia 5 hingga 10 Julai.
Disyorkan Untuk Anda :
- Rasuah UKSB: Siapa Arahkan Nama Mahiaddin & The Gang Di Gugurkan Dari Pendakwaan?
- Selamat Datang Ke Kluster Mahkamah Kepada Syed Saddiq
- Siapa Dalang Sebenar Dalam Skandal UKSB?
Juara Asia itu baru sahaja pulang dari Jakarta, Isnin lalu selepas mengharungi dua kejohanan berturut-turut – Masters Indonesia dan Terbuka Indonesia.
Di Masters Indonesia dia mara sehingga suku akhir manakala Terbuka Indonesia menyaksikan dia terkandas di separuh akhir.
Zii Jia tidak beraksi di Sukan Komanwel
Disyorkan Untuk Anda :
- Apa Punca Mahathir ‘Hadiahkan’ Pulau Batu Puteh Kepada Singapura?
- Kenyataan Saksi Kes Syed Saddiq Buktikan Pendakwaan Bermotifkan Politik Wujud
- Gagal Jawab Isu RM1.3 Juta, Muhyiddin Serang Najib
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.