Beberapa kawasan di Klang, Kuala Langat alami banjir kilat

Beberapa kawasan di Klang, Kuala Langat alami banjir kilat
KLANG: Hujan lebat sejak awal pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan dinaiki air sehingga paras lutut serta dua keluarga sekitar daerah Klang dan Kuala Langat terpaksa berpindah.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihak menerima panggilan berhubung kejadian banjir itu di Jalan Pengkalan Kampung Nelayan di sini, jam 6.12 pagi tadi.
“Bomba menerima maklumat berlaku banjir kilat membabitkan sebuah rumah dinaiki air sehingga paras lutut.
“Rumah berkenaan dihuni seorang warga emas, seorang dewasa serta tiga kanak-kanak di mana mereka sudah berpindah menyelamatkan diri sebelum pihak bomba tiba,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hafisham berkata, pihaknya turut menerima panggilan berhubung kejadian sama di Jalan Perepat, Telok Panglima Garang dalam Daerah Kuala Langat, jam 7.19 pagi tadi.
“Di kawasan ini, banjir kilat membabitkan lima rumah juga sehingga paras lutut.
Disyorkan Untuk Anda :
- Apa Punca Mahathir ‘Hadiahkan’ Pulau Batu Puteh Kepada Singapura?
- Kenyataan Saksi Kes Syed Saddiq Buktikan Pendakwaan Bermotifkan Politik Wujud
- Gagal Jawab Isu RM1.3 Juta, Muhyiddin Serang Najib
“Bomba juga memindahkan satu keluarga terdiri dari dua warga emas, dua dewasa dan satu bayi berusia enam bulan ke rumah keluarga mangsa berhampiran,” katanya.
Sementara itu, katanya, pihaknya juga menerima panggilan pokok tumbang sehingga merosakkan beberapa kenderaan di Jalan Samudera, Laguna Park, Pulau Indah, jam 5.24 pagi.
“Kejadian pokok tumbang ini menghalang laluan serta menghempap empat orang awam di kawasan terbabit,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, bagi ketiga-tiga kejadian tiada kecederaan atau kematian dilaporkan, namun bomba akan meneruskan pemantauan serta bersedia dari masa ke semasa.
Beberapa kawasan di Klang, Kuala Langat alami banjir kilat
Disyorkan Untuk Anda :
- Perikatan Nasional Hadapi Krisis Dalaman Yang Serius
- Bekalan Minyak Masak Bersubsidi Pasti Sukar Di Perolehi Apabila Harga Minyak Masak Di Apungkan
- Kilang Fitnah Rafizi Sedang Proses Produk Keluarga Malaysia
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Jangan Biarkan Pengerusi FGV Lantikan PN Terus Menghirup Darah Peneroka