Bekalan Minyak Masak Bersubsidi Pasti Sukar Di Perolehi Apabila Harga Minyak Masak Di Apungkan

Bekalan Minyak Masak Bersubsidi Pasti Sukar Di Perolehi Apabila Harga Minyak Masak Di Apungkan

Bekalan Minyak Masak Bersubsidi Pasti Sukar Di Perolehi Apabila Harga Minyak Masak Di Apungkan

Sidang media yang dibuat oleh Ismail Sabri untuk mengumumkan penarikan semula subsidi ke atas beberapa barang keperluan asas telah membakar kemarahan rakyat.

Kemarahan rakyat tidak akan memuncak sekiranya subsidi ditarik balik ke atas bahan makanan pilihan.

Tetapi apabila subsidi ke atas bahan makanan asas seperti minyak masak, pasti ianya akan menimbulkan kemarahan rakyat.





Minyak masak adalah bahan asas yang WAJIB ada di semua dapur di Malaysia.

Benar, subsidi ke atas minyak masak paket masih dikekalkan.

Tetapi pernahkah difikirkan mengenai bekalan minyak masak bersubsidi di pasaran?

Pernahkah menteri dan pegawai yang membuat keputusan ini turun padang untuk melihat sendiri sama ada bekalan minyak masak subsidi mencukupi atau tidak?

Apakah bekalan minyak masak paket cukup di pasaran?





Bekalan pasti akan menjadi lebih sukar apabila pengilang menumpukan pengeluaran ke atas minyak masak botol kerana harganya akan diapungkan.

Akhirnya rakyat tiada pilihan, terpaksa menggunakan minyak masak tidak bersubsidi akibat tiada bekalan minyak masak bersubsidi di pasaran.

Minyak masak adalah bahan asas yang WAJIB ada di semua dapur di Malaysia.

Kenaikan harga ikan, ayam dan telur telah cukup membebankan rakyat.

Dan kenaikan harga minyak masak serta tariff letrik yang dijangka berkuatkuasa pada 1 Julai 2022, pasti akan lebih menekan rakyat.





Kerajaan Keluarga Malaysia ibarat telah menambahkan lagi beban di bahu seluruh rakyat Malaysia.

 

Bekalan Minyak Masak Bersubsidi Pasti Sukar Di Perolehi Apabila Harga Minyak Masak Di Apungkan

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker