Beri saya masa tunjuk wajah Bilal – Neelofa

Beri saya masa tunjuk wajah Bilal - Neelofa
Neelofa dan PU Riz amat menitik berat soal kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan, tunggu Bilal besar sikit. – Foto IG Neelofa

Beri saya masa tunjuk wajah Bilal – Neelofa

PUTRAJAYA: Selebriti popular, Neelofa tetap dengan pendiriannya tidak berkongsi wajah anaknya, Muhammad Bilal, malah,

tidak terkesan kritikan netizen ekoran mempercayai panahan penyakit Ain.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, berkata dia mahu Muhammad Bilal membesar seperti anak-anak lain, hanya akan berkongsi wajahnya apabila tiba masa yang sesuai.

“Kalau netizen mempermainkan mengenai soal ini, sebenarnya mereka mempermainkan kewujudan penyakit Ain. Bukan mempermainkan saya.





“Dan penyakit Ain ada dalam hadis sahih. Saya tidaklah pandai, tetapi saya mungkin boleh mencegahnya.

“Saya lakukannya walau netizen mengecam sekali pun. Dan jugaSaya menitik berat soal kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan anak. Tunggulah, beri Bilal besar sikit.

“Saya bukanlah mahu sorok atau tutup terus muka Bilal. Hanya berikan saya sedikit masa dan Bilal besar sedikit, barulah kami akan membawanya keluar,” katanya kepada BH Online.


Disyorkan Untuk Anda :


Terdahulu, Neelofa enggan berkongsi wajah Bilal memandangkan anaknya masih kecil, justeru mahu mengelakkan penyakit Ain iaitu gangguan disebabkan pandangan.

Pun begitu, Neelofa berkata, tidak meletakkan jangka masa seperti dua atau tiga bulan untuk berkongsi wajah Bilal.





Kata Neelofa, masa akan tiba suatu hari nanti.

“Bilal baru mula makan, bulan hadapan, jadi kita lihat bagaimana pertumbuhannya. Bila semuanya okay, kita akan perlahan-lahan kongsi wajahnya,” katanya.

Dalam menerima kritikan netizen, Neelofa turut mengakui, dia menerima sokongan positif dari rakan artis, antaranya pelakon dan pengacara, Elly Mazlein.

“Macam Elly sendiri, dia pernah berkongsi. Dia nampak anaknya lebih ceria dan gembira apabila di sekolah kerana orang tidak mengenalinya anak siapa.

“Jadi, ia adalah untuk kesihatan mental kanak-kanak juga. Mungkin jika pergi mana-mana, kena serbu atau ada yang mahu bergambar.





“Kasihan pada Bilal. Dahulu saya panjat pokok tiada orang kisah pun macam zaman kecil,” katanya.

Beri saya masa tunjuk wajah Bilal - Neelofa
Neelofa enggan berkongsi wajah Bilal memandangkan masih kecil, justeru mahu mengelakkan penyakit Ain iaitu gangguan disebabkan pandangan. – Foto IG Neelofa

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan anak, Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.


Disyorkan Untuk Anda :


 

Bekas pengacara MeleTOP itu ditemui pada majlis pelancaran koleksi Naelofar tema Disney kedua ‘Alice In Wonderland’ di pusat beli-belah IOI City Mall.

Berkongsi lanjut mengenai koleksi terbaru itu, Neelofa berkata, dia seronok dapat turun padang menjayakan majlis pelancaran selepas tidak dapat menyertai pelancaran pertama kerjasama Naelofar X Disney Little Mermaid, beberapa bulan lalu berikutan masih dalam tempoh berpantang.





“Ini adalah kerjasama kedua saya bersama Disney. Kali pertama bersama Little Mermaid dilancarkan pada Februari lalu, tetapi saya masih berpantang.

“Disney datang menghulurkan kerjasama. Kami akan bekerjasama dalam tempoh tiga tahun.

“Jadi, akan ada lagi koleksi baharu pada masa akan datang. Koleksi ketiga kini dalam pembikinan.

“Kalau kita tengok beberapa jenama lain turut bekerjasama dengan Disney. Mereka memilih Cinderella, Beauty And The Beast, tetapi tiada lagi memilih Alice in The Wonderland.

“Jadi, saya memilih sesuatu yang berbeza,” katanya yang turut terbabit dalam proses rekaan koleksi baharu itu.





NEELOFA ENGGAN TUNJUK WAJAH ANAK

Beri saya masa tunjuk wajah Bilal – Neelofa


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker