Ekonomi Sri Lanka telah ‘tumbang’ – Perdana Menteri

Ekonomi Sri Lanka telah 'tumbang' - Perdana Menteri

Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe memberitahu negara itu berdepan ‘situasi yang jauh lebih serius’ berbanding pelbagai kemelut dihadapi ketika ini dan turut memberi amaran ‘kemungkinan berdepan kejatuhan paling teruk’. – Foto REUTERSEkonomi Sri Lanka telah ‘tumbang’ – Perdana Menteri

COLOMBO: Ekonomi Sri Lanka yang dihimpit bebanan hutang ‘tumbang’ selepas beberapa bulan berdepan kekurangan makanan, bahan api dan elektrik, kata Perdana Menterinya kepada Ahli Parlimen semalam.

Nikkei Asia melaporkan, kenyataan Ranil Wickremesinghe itu bagi menegaskan keadaan negara itu yang semakin parah ketika kerajaan terpaksa meminta bantuan daripada pemberi pinjaman antarabangsa.

Beliau memberitahu Parlimen, negara Asia Selatan itu berdepan ‘situasi yang jauh lebih serius’ berbanding pelbagai kemelut dihadapi ketika ini dan turut memberi amaran ‘kemungkinan berdepan kejatuhan paling teruk’.





“Ekonomi negara kita telah tumbang sepenuhnya,” katanya.

Krisis di pulau yang dihuni lebih 22 juta penduduk itu dianggap terburuk dalam sejarah, bagaimanapun Wickremesinghe tidak memaklumkan sebarang perkembangan terbaru mengenainya.

Komen beliau dilihat ditujukan khusus kepada pengkritik dan Ahli Parlimen pembangkang mengenai tugas sukar yang sedang dikendalikan dan menegaskan, ia tidak boleh diselesaikan dalam kadar segera.

“Dia menetapkan jangkaan yang sangat, sangat rendah,” kata Felo Dasar dan Ahli Ekonomi di Pusat Pembangunan Global di Washington, Anit Mukherjee.


Disyorkan Untuk Anda :


 






Menurut Mukherjee, kenyataan dikeluarkan Wickremesinghe itu juga bertujuan menyampaikan mesej kepada bakal pemberi pinjamannya.

“Anda tidak boleh membiarkan negara yang mempunyai kepentingan strategik sedemikian runtuh,” kata Mukherjee, yang turut memberitahu, Sri Lanka terletak di salah satu laluan perkapalan paling sibuk di dunia.

Ahli Parlimen daripada dua parti pembangkang utama di negara itu memboikot Parlimen minggu ini sebagai bantahan kepada pelantikan Wickremesinghe yang dilantik menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan lebih sebulan lalu.

Mereka mendakwa, pemimpin itu gagal menunaikan janjinya untuk memulihkan ekonomi.

Pada 14 Jun lalu, Sri Lanka meluluskan sistem bekerja empat hari seminggu untuk kakitangan awam bagi membolehkan mereka menanam sayuran untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan.





Langkah itu dijangka dapat mengurangkan masalah keperluan bahan api yang kronik selain menggalakkan rakyat menanam sayuran untuk kegunaan keluarga.

Sementara itu, Parlimen Sri Lanka membatalkan baki persidangannya minggu ini untuk menjimatkan bahan api, kata pegawai hari ini.

Pegawai Parlimen berkata, Ahli Parlimen memutuskan untuk tidak mengadakan sesi pada hari ini dan esok bagi mengelakkan penggunaan petrol yang tidak perlu, beberapa hari selepas pihak berkuasa menutup sekolah dan beberapa pejabat negeri atas sebab yang sama.

Menteri Tenaga, Kanchana Wijesekera berkata penghantaran petrol yang dijadualkan hari ini telah ditangguhkan dan menggesa pemandu untuk mengurangkan perjalanan.

“Hanya jumlah petrol yang terhad akan diagihkan ke stesen pam hari ini dan esok,” katanya kepada pemberita di Colombo, dengan pemandu kenderaan sudah beratur berhari-hari untuk menambah tangki mereka. – AGENSI





United tumbang lagi

 

Ekonomi Sri Lanka telah ‘tumbang’ – Perdana Menteri


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Jangan Biarkan Pengerusi FGV Lantikan PN Terus Menghirup Darah Peneroka

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker