FIFA benarkan 26 pemain untuk skuad Piala Dunia

FIFA benarkan 26 pemain untuk skuad Piala Dunia
FIFA membenarkan tambahan pemain berikutan masa kejohanan yang unik serta kesan pandemik COVID-19. – AFP

FIFA benarkan 26 pemain untuk skuad Piala Dunia

PARIS: FIFA akan membenarkan negara bertanding memilih hingga 26 pemain untuk Piala Dunia 2022 di Qatar, bertambah tiga orang lagi untuk kejohanan bermula 21 November hingga 18 Disember itu.

“Jumlah pemain yang boleh dimasukkan ke dalam senarai akhir ditambah kepada sekurang-kurangnya 23 dan maksimum 26,” kata FIFA dalam satu kenyataan.

Badan induk bola sepak dunia itu berkata, keputusan untuk menambah skuad dibuat “berdasarkan keperluan untuk mengekalkan kemampuan berikutan tempoh yang unik” kejohanan tahun ini yang mengganggu musim kelab Eropah.

FIFA juga mengambil kira “konteks lebih luas kesan akibat pandemik COVID-19 terhadap skuad sebelum dan ketika kejohanan.”





UEFA menggunakan perubahan sama untuk Euro 2020 tahun lalu selepas mengambil kira permintaan jurulatih yang bimbang mereka akan kehilangan pemain kerana COVID-19.

Skuad kebangsaan perlu menamakan 23 pemain dalam skuad Piala Dunia dan Kejohanan Eropah sejak Piala Dunia 2002 di Jepun dan Korea Selatan.

Sebelum itu, hanya 22 pemain dibenarkan dalam, setiap skuad untuk kejohanan antarabangsa. – AFP

Nombor plat Piala Dunia FIFA dilelong di Qatar





FIFA benarkan 26 pemain untuk skuad Piala Dunia


 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Jangan Biarkan Pengerusi FGV Lantikan PN Terus Menghirup Darah Peneroka

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker