India akan sokong pemulihan ekonomi Sri Lanka

India akan sokong pemulihan ekonomi Sri Lanka
Sri Lanka memerlukan kira-kira AS$5 bilion (RM22.03 bilion) dalam tempoh enam bulan akan datang untuk menampung keperluan asas untuk 22 juta penduduknya. Kredit: Foto AFP

India akan sokong pemulihan ekonomi Sri Lanka

COLOMBO: Diplomat tertinggi India mengadakan rundingan dengan Presiden dan Perdana Menteri Sri Lanka hari ini ketika India memberi isyarat mengenai kesediaannya untuk memberikan bantuan melangkaui pinjaman, pertukaran dan bantuan bernilai AS$4 bilion (RM17.6 bilion) yang telah diberikan kepada negara jirannya yang sedang berdepan krisis kewangan.

Setiausaha Luar India, Vinay Kwatra, diiringi pegawai Kementerian Kewangan mengadakan perbincangan dengan Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa dan Perdana Menterinya, Ranil Wickremesinghe di ibu kota komersialnya, di sini, kata pegawainya.

“India bersedia untuk membantu Sri Lanka dalam pemulihan ekonomi dalam kadar segera dengan menggalakkan pelaburan, kesalinghubungan dan mengukuhkan hubungan ekonomi,” kata jurucakap Kementerian Luar India, Arindam Bagchi menerusi Twitter.

Pasukan India mengadakan pertemuan berasingan dengan Wickremesinghe, gabenor Bank Pusat dan pegawai Kementerian Kewangan, kata seorang pegawai dari Pejabat Perdana Menteri.





“Delegasi itu juga akan mengadakan perbincangan dengan pegawai kanan mengenai keadaan ekonomi negara dan keperluan bantuan jangka pendek dan jangka panjang,” kata Kementerian Luar Sri Lanka dalam satu kenyataan.

Wickremesinghe minggu ini memberitahu Parlimen, India adalah negara utama yang memberikan bantuan kepada Sri Lanka tahun ini dengan menyalurkan lebih AS$4 bilion (RM17.62 bilion).


Disyorkan Untuk Anda :


Negara jirannya itu juga sedang berbincang untuk mendapatkan sokongan tambahan termasuk menyalurkan AS$500 juta (RM2.2 bilion) untuk bahan api dan bantuan dengan mengimport baja serta beras ketika Sri Lanka cuba untuk mengelakkan krisis makanan, kata pegawainya.

Wickremesinghe turut berkata, Sri Lanka merancang untuk mengadakan persidangan penderma dengan China, India dan Jepun sambil meneruskan perbincangan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk pakej ‘bailout’ (menyelamat) kira-kira AS$3 bilion (RM13.2 bilion).

Negara dengan 22 juta penduduk itu mengalami krisis ekonomi paling teruk dalam sejarah dengan bekalan termasuk petrol, diesel, gas memasak, ubat-ubatan dan makanan terus berkurangan. – REUTERS





Penghuni pusat pemulihan dadah maut dipercayai dipukul

 

India akan sokong pemulihan ekonomi Sri Lanka

 






Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Jangan Biarkan Pengerusi FGV Lantikan PN Terus Menghirup Darah Peneroka





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker