India siasat penipuan pinjaman terbesar dalam negara

India siasat penipuan pinjaman terbesar dalam negara
MUMBAI: Penyiasat India memaklumkan mereka sedang menyiasat apa yang mereka percaya berkemungkinan penipuan pinjaman terbesar di negara itu dengan 17 bank didakwa ditipu sekitar AS$4.4 bilion (RM19.3 bilion).
Biro Siasatan Pusat (CBI) berkata, pihaknya melakukan serbuan di 12 lokasi di sini semalam dan mendapatkan semula ‘dokumen mengandungi pembuktian berkaitan kesalahan itu’.
Laporan memaklumkan, sasarannya adalah Dewan Housing Finance Limited (DHFL) dan dua beradik, Kapil dan Dheeraj Wadhawan, yang sudah berada dalam tahanan dan disiasat dalam beberapa kes lain atas dakwaan penipuan membabitkan berbilion dolar.
Tanpa menamakan firma itu, CBI berkata, pihaknya percaya syarikat itu dan eksekutifnya ‘menipu konsortium bank dengan nilai 346.15 bilion rupee (RM19.9 bilion).
Syarikat yang dikenali sebagai pemberi pinjaman bukan institusi perbankan itu berbuat demikian dengan ‘menyedut’ pinjaman perniagaan besar daripada bank kepada syarikat tidak aktif dan entiti rekaan,” kata CBI dalam satu kenyataan.
CBI berkata, audit berasingan mendapati ‘terdapat beberapa contoh pengalihan dana oleh tertuduh untuk faedah peribadi dan pemalsuan buku akaun untuk menyamar dan menyembunyikan transaksi yang meragukan’.
Disyorkan Untuk Anda :
- Apa Punca Mahathir ‘Hadiahkan’ Pulau Batu Puteh Kepada Singapura?
- Kenyataan Saksi Kes Syed Saddiq Buktikan Pendakwaan Bermotifkan Politik Wujud
- Gagal Jawab Isu RM1.3 Juta, Muhyiddin Serang Najib
Bagaimanapun, dua beradik berkenaan, mahupun syarikat induk DHFL Piramal yang mendapat hak milik firma itu berikutan prosiding insolvensi pada tahun lalu belum memberi sebarang komen berhubung dakwaan berkenaan.
Jika dakwaan itu terbukti benar, ia melepasi kes AS$3 bilion (RM13.2 bilion) yang didaftarkan terhadap ABG Shipyard pada Februari, iaitu penipuan terbesar di India setakat ini.
Dakwaan kecurian didalangi pembuat kapal yang berpangkalan di Gujerat itu mengatasi kes jutawan barang kemas, Nirav Modi yang kini masih dalam buruan kerana menipu bank India pada 2018 dengan jumlah keseluruhan AS$2 bilion (RM8.81 bilion). – AFP
Undi Anak Muda Akan Menjadi Cabaran Terbesar UMNO Dalam PRU 15
India siasat penipuan pinjaman terbesar dalam negara
Disyorkan Untuk Anda :
- Perikatan Nasional Hadapi Krisis Dalaman Yang Serius
- Bekalan Minyak Masak Bersubsidi Pasti Sukar Di Perolehi Apabila Harga Minyak Masak Di Apungkan
- Kilang Fitnah Rafizi Sedang Proses Produk Keluarga Malaysia
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Jangan Biarkan Pengerusi FGV Lantikan PN Terus Menghirup Darah Peneroka