Jangan Biarkan Pengerusi FGV Lantikan PN Terus Menghirup Darah Peneroka

Jangan Biarkan Pengerusi FGV Lantikan PN Terus Menghirup Darah Peneroka

Jangan Biarkan Pengerusi FGV Lantikan PN Terus Menghirup Darah Peneroka

Semalam, 23 Jun 2022, dalam Mesyuarat Agung Tahunan Felda Group Venture (FGV), telah meluluskan kenaikan elaun Pengerusi FGV, Dzulkifli Abd Wahab dan elaun Pengarah FGV.

Elaun Pengerusi FGV yang dilantik oleh Azmin Ali di era Perikatan Nasioanl telah dinaikkan dari RM300,00 kepada RM480,000 setahun.

Baca di sini:





https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2021/03/801608/dzulkifli-dilantik-pengerusi-baharu-fgv

Kenaikan sebanyak RM180,000 setahun atau RM15,000 sebulan.

Dengan kenaikan itu, Dzulkifli menerima elaun sebanyak RM40,000 sebulan.

Selain dari itu, Dzulkifli juga menerima beberapa kemudahan yang lain, antaranya:

  • Elaun kereta beliau sebanyak RM18,000 sebulan akan di ganti dengan kereta yang beliau mahu (minimum 2000cc) bersama perbelanjaan tahunan RM180, 000.
  • Beliau juga diberi seorang ada pengawal peribadi, elaun kelab dan beberapa elaun lain.

Manakala elaun untuk Pengarah FGV pula dinaikkan dari RM120, 000 kepada RM150, 000 setahun.





Mesyuarat Agung FGV Hanya Membincangkan Mengenai Poket Pengerusi Dan Pengarah FGV

Jangan Biarkan Pengerusi FGV Lantikan PN Terus Menghirup Darah Peneroka

Apa yang menjadi persoalan ialah, mengapakah agenda yang tercatat di dalam notis Mesyuarat Agung Tahunan FGV hanya membincangkan soal kenaikan elaun Pengerusi dan Pengarah FGV sahaja.

Mengapakah tidak ada langsung agenda yang membincangkan mengenai nasib peneroka FELDA yang kini semakin tertekan kehidupan mereka akibat peningkatan kos sara hidup?

Apakah Pengerusi dan Pengarah FGV telah menyalahgunakan Mesyuarat Agung Tahunan FGV?

FGV adalah syarikat yang dimiliki oleh FELDA dengan pegangan saham sebanyak 80%.





FELDA dimiliki oleh ribuan peneroka FELDA di seluruh negara.

Dengan keringat, airmata dan darah peneroka FELDA selama puluhan tahun telah membolehkan FELDA berdiri megah hari ini.

Tetapi mengapakah Mesyuarat Agung Tahunan syarikat yang dimiliki oleh mereka tidak langsung memberi ruang untuk membincangkan nasib mereka?

Untuk rekod, pada tahun 2012 sewaktu Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan DS Najib mahu menyenaraikan FGV di Bursa Malaysia, Dzulkifli, Rafizi dan Mazlan Aliman telah membantah.

Mereka telah menghasut kira-kira 23,000 kakitangan FELDA untuk bersama mereka supaya membantah penyenaraian FGV di Bursa Malaysia.





Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/188968

Malah kerana menyedari kebobrokan dan tidak kompeten Dzulkifli ketika menjadi Pengarah Besar FELDA, beliau telah digantikan.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/207383





Kini apabila ternyata langkah menyenaraikan FGV di Bursa Malaysia telah membuahkan hasil, Dzulkifli telah menuainya untuk kepentingan peribadi beliau.

Sampai bilakah keadaan begini mahu dibiarkan?

 

Jangan Biarkan Pengerusi FGV Lantikan PN Terus Menghirup Darah Peneroka

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker