Kilang Fitnah Rafizi Sedang Proses Produk Keluarga Malaysia

Kilang Fitnah Rafizi Sedang Proses Produk Keluarga Malaysia

Kilang Fitnah Rafizi Sedang Proses Produk Keluarga Malaysia

Kalau kita masih ingat, menjelang PRU 14 pada 2018, isu kenaikan harga barang dan isu GST menjadi bahan utama serangan musuh kepada Kerajaan Barisan Nasional.

Isu tersebut dikaitkan pula dengan fitnah 1MDB serta cerita kleptokrat yang dilabelkan kepada pemimpin Barisan Nasional.

Kemudian team Rafizi menyebarkan pula gambar-gambar pemimpin Barisan Nasional sedang menjamu selera di hotel mewah.





Walau pun hakikatnya, gambar tersebut merupakan majlis rasmi yang dihadiri oleh menteri.

Selepas itu dicari pula gambar rumah-rumah usang, gambar warga emas yang berada dalam keadaan daif.

Rumusan yang dibuat adalah, sedang rakyat hidup dalam keadaan yang sangat sukar, pemimpin Barisan Nasional hidup mewah.

Mesej yang hendak disampaikan adalah segala penderitaan yang sedang ditanggung rakyat adalah kerana perbuatan korup pemimpin Barisan Nasional.

Itu babak pertama fitnah mereka.





Babak kedua, muncul pula Rafizi dengan pelbagai formula, kononnya untuk menyelamatkan rakyat.

Formula menurunkan harga minyak petrol, formula menghapuskan tol, formula mengahpuskan hutang peneroka FELDA, formula menghapuskan hutang PTPTN dan berbagai lagi.

Maka rakyat akan beranggapan, hanya Rafizi dan Pakatan Harapan yang mampu menyelamatkan negara.

Tetapi apabila diberikan kuasa, segala-galanya ternyata tidak lebih hanya kata-kata.

Ismail Sabri Telah Memudahkan Kerja Rafizi

Kini, ibarat menyediakan semula pentas yang sudah lama ditinggalkan rakyat, Kerajaan Keluarga Malaysia telah mengaktifkan kembali kilang fitnah Rafizi.





Pengumuman Ismail Sabri mengenai penarikan semula subsidi minyak masak dan beberapa bahan asas makanan telah membuatkan Rafizi tersenyum lebar.

Jalan cerita yang sama sedang disusun, malah sudah hampir siap.

Tetapi kali ini jangan terkejut, antara watak yang akan turut sama menjaja fitnah, akan terdiri dari pemimpin yang berada dalam kerajaan.

Mereka kini berkeyakinan tinggi, kali ini fitnah mereka akan mendapat sambutan yang cukup hangat.

Pengundi dalam kategori UNDI18 pasti akan mudah mereka pengaruhi.





Semuga rakyat tidak akan tertipu buat kali kedua.

Namun, sudahkah Barisan Nasional bersedia untuk menangkis fitnah berskala mega dari Rafizi dan Pakatan Harapan?

 

Kilang Fitnah Rafizi Sedang Proses Produk Keluarga Malaysia

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker