Lelaki lemas ketika bersih kolam pancing
Lelaki lemas ketika bersih kolam pancing
JEMPOL: Seorang lelaki ditemukan lemas dalam sebuah kolam pancing di FELDA Raja Alias Dua, di sini, ketika membersihkan kolam itu, petang tadi.
Pemangku Ketua Zon 3 Negeri Sembilan, Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) II Ahmad Nazmi Halil, berkata mangsa berusia dalam lingkungan usia 30 tahun itu dipercayai mengambil upah membersihkan kolam pancing berkenaan bersama seorang lagi rakannya.
Katanya, mangsa dipercayai berenang ke tengah kolam dan mengalami keletihan sebelum lemas dan cuba diselamatkan oleh rakannya, namun gagal.
“Bomba yang menerima panggilan bergegas ke lokasi untuk menyelamatkan mangsa sebelum menjumpai mangsa di dalam kolam pada jam 2.42 petang.
“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya sambil menambah mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat.
Lelaki lemas ketika bersih kolam pancing
Disyorkan Untuk Anda :
- Perikatan Nasional Hadapi Krisis Dalaman Yang Serius
- Bekalan Minyak Masak Bersubsidi Pasti Sukar Di Perolehi Apabila Harga Minyak Masak Di Apungkan
- Kilang Fitnah Rafizi Sedang Proses Produk Keluarga Malaysia
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Jangan Biarkan Pengerusi FGV Lantikan PN Terus Menghirup Darah Peneroka