NOOR NABILA PERTAHANKAN SHARNAAZ

"SAYA TAHU APA YANG BERLAKU DISEBALIKNYA... SAYA SOKONG DIA"

NOOR NABILA PERTAHANKAN SHARNAAZ

NOOR NABILA PERTAHANKAN SHARNAAZ

“Ketika mendengar berita itu, saya akui terkejut. Sudah pasti saya bertanya kepada Sharnaaz mengenai apa yang terjadi. Saya tak nak komen lebih lanjut sebab kes ini masih dalam siasatan polis. Cuma saya tahu apa yang berlaku disebaliknya.

“Apa pun yang berlaku Sharnaaz tetap bapa kepada anak kami. Saya menyokong dia dan hubungan kami pun memang baik demi anak,” ujar bekas isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila yang berkata dia akan sentiasa mempertahankan bapa kepada anaknya, Jebat Jayden yang didakwa memukul dan menendang seorang penghuni di kondominium di Segambut, di sini, baru-baru ini.

Nabila berkata, walau apapun yang berlaku dia akan menyokong dan sentiasa berada di belakang Sharnaaz. Menurut Nabila, Sharnaaz turut mengalirkan air mata ketika bertemu dengan anaknya sebaik dibebaskan dengan jaminan polis, Isnin lalu.





NOOR NABILA PERTAHANKAN SHARNAAZ

“Sharnaaz hantar video dia bertemu Jayden selepas dibebaskan dengan jaminan polis. Dia menitiskan air mata ketika Jayden memeluknya. Saya beritahu Sharnaaz, apapun yang terjadi, terus pandang ke hadapan dan esok adalah hari baru.

“Mengenali Sharnaaz, dia seorang yang tegas dan bertanggungjawab. Dia sangat sayangkan anak dan saya tak boleh nafikan perkara itu,” katanya.

NOOR NABILA PERTAHANKAN SHARNAAZ

SHARNAAZ TERUS JUMPA ANAK, LUAH RASA RINDU





NOOR NABILA PERTAHANKAN SHARNAAZ

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Jangan Biarkan Pengerusi FGV Lantikan PN Terus Menghirup Darah Peneroka

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker