NORMAH DAMANHURI LUAH SYUKUR, TAK SANGKA
MENANGIS KAK KM HADIAHKAN KERETA 'CASH' LEBIH RM100,000
NORMAH DAMANHURI LUAH SYUKUR, TAK SANGKA
Perkongsian usahawan sensasi Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli sering kali menerima kecaman dan baru-baru ini dia dihentam teruk selepas berkongsi video tepuk punggung.
Namun perkongsian Kak KM menerusi sebuah video kali ini nampaknya menerima pujian netizen apabila usahawan sensasi itu membuat kejutan kepada ibunya yang merupakan pelakon iaitu Normah Damanhuri.
Melihat pada video tersebut, Normah menangis sebak apabila Kak KM menghadiahkannya sebuah kereta jenis Honda yang dibeli secara tunai dengan harga lebih RM100,000. Normah yang pada mulanya mengadu wang simpanannya tidak mencukupi menangis apabila anaknya mengatakan akan membayar semuanya.
“Macam ini la, saya memang dah niat dah mak, kereta mak ini, saya hadiah untuk mak. Saya beli cash untuk mak. Ini ikhlas untuk mak, mak janganlah menangis. Apa la sangat, ini pun tak terbalas jasa mak,” kata Kak KM.
Selepas mendengar kata-kata itu, Normah terus bangun dan menangis kerana terkejut dengan pemberian anaknya itu. Bagaimanapun, tidak dinyatakan kenderaan jenis apakah yang diberikan kepada pelakon berkenaan.
Dalam pada itu, Normah, 68, tidak henti melahirkan rasa syukur kerana tidak sangka menerima sebuah kereta daripada anaknya.
“Bersyukur sangat, mak tak sangka… mak ingat nak beli sendiri saja. Mana la tahu sayang (Kak KM) nak belikan kereta ini. Syukur sangat, Alhamdulillah. Nanti nak buat sujud syukur,” ujarnya.
Disyorkan Untuk Anda :
- Apa Punca Mahathir ‘Hadiahkan’ Pulau Batu Puteh Kepada Singapura?
- Kenyataan Saksi Kes Syed Saddiq Buktikan Pendakwaan Bermotifkan Politik Wujud
- Gagal Jawab Isu RM1.3 Juta, Muhyiddin Serang Najib
Rata-rata netizen memuji sifat pemurah Kak KM yang dikatakan tidak kedekut dengan ibunya biarpun kadang-kala perkongsiannya di laman sosial mengundang kecaman.
“Walaupun dia begini, tapi aku suka dia hormat mak dia… dia ratukan mak dia.” – “Tak suka perangai gedik Kak KM, tapi respek sangat bab menghargai mak… semoga sentiasa istiqamah macam ini selalu. ” – “Patutlah rezeki Kak KM sentiasa murah rupanya dahulukan ibunya. Alhamdulillah rasa terharu, saya minat Kak KM,” komen beberapa netizen.
NORMAH DAMANHURI LUAH SYUKUR, TAK SANGKA
Disyorkan Untuk Anda :
- Perikatan Nasional Hadapi Krisis Dalaman Yang Serius
- Bekalan Minyak Masak Bersubsidi Pasti Sukar Di Perolehi Apabila Harga Minyak Masak Di Apungkan
- Kilang Fitnah Rafizi Sedang Proses Produk Keluarga Malaysia
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Jangan Biarkan Pengerusi FGV Lantikan PN Terus Menghirup Darah Peneroka