Peluang Harimau Malaya cipta kejutan di Piala Asia 2023

Peluang Harimau Malaya cipta kejutan di Piala Asia 2023
KUALA LUMPUR: Peluang skuad Harimau Malaya untuk mencipta kejutan di pentas Piala Asia 2023 terus terbuka memandangkan pasukan yang berada di tempat ketiga dalam kumpulan masing- masing berkemungkinan layak untuk ke pusingan kalah mati.
Perubahan format kepada 24 pasukan menyaksikan bukan setakat juara dan naib juara kumpulan akan mendapat tiket ke pusingan 16 terbaik, namun empat pasukan di tangga ketiga terbaik akan ‘lolos’ ke pusingan 16 terbaik.
Perkara itu disahkan menerusi Peraturan Pertandingan Piala Asia 2023 yang boleh dimuat turun di laman sesawang Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Berdasarkan artikel 9.5.1, peraturan memperuntukkan pasukan pertama dan kedua dalam setiap kumpulan termasuk empat pasukan ketiga terbaik daripada semua kumpulan akan layak ke pusingan kalah mati sementara yang lain disingkirkan daripada pertandingan.
Jika dilihat berdasarkan edisi 2019, empat pasukan yang layak menerusi ‘tiket’ ini masing masing berjaya meraih satu kemenangan selain memiliki perbezaan jaringan dan rekod disiplin yang lebih baik.
Bahrain mendahului ranking pasukan ketiga terbaik dengan empat mata disusuli Kyrgyzstan, Oman, dan Vietnam yang masing-masing meraih tiga mata hasil satu kemenangan dalam kumpulan.
Disyorkan Untuk Anda :
- Apa Punca Mahathir ‘Hadiahkan’ Pulau Batu Puteh Kepada Singapura?
- Kenyataan Saksi Kes Syed Saddiq Buktikan Pendakwaan Bermotifkan Politik Wujud
- Gagal Jawab Isu RM1.3 Juta, Muhyiddin Serang Najib
Kyrgyzstan dan Oman memiliki perbezaan 0 jaringan, namun Kyrgyzstan di tangga kedua kerana rekod disiplin lebih baik berikutan Kyrgyzstan (-5) manakala Oman (-6).
Begitu juga Vietnam yang memiliki perbezaan jaringan yang sama dengan Lubnan iaitu -1 namun Vietnam mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya kerana rekod disiplin mereka (-5) berbanding Lubnan (-7).
Berdasarkan rumus ini, tiga perkara seperti disebutkan di atas perlu diraih khususnya oleh pasukan ‘kerdil’ di Piala Asia jika mahu meneruskan kemaraan menjangkaui peringkat kumpulan.
Bukan mahu memperkecilkan kemampuan anak buah Pan Gon namun sebagai pasukan yang layak ke Piala Asia secara merit selepas empat dekad dan menentang pula ‘muka biasa’ di pentas benua itu, ia satu tugas yang berat untuk direalisasikan.
Sudah tentu kita mengharapkan mereka dapat menjuarai kumpulan namun seandainya status juara ataupun naib juara tidak berjaya digenggam, ‘pintu belakang’ masih ada sebagai talian hayat.
Peluang Harimau Malaya cipta kejutan di Piala Asia 2023
Disyorkan Untuk Anda :
- Perikatan Nasional Hadapi Krisis Dalaman Yang Serius
- Bekalan Minyak Masak Bersubsidi Pasti Sukar Di Perolehi Apabila Harga Minyak Masak Di Apungkan
- Kilang Fitnah Rafizi Sedang Proses Produk Keluarga Malaysia
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Jangan Biarkan Pengerusi FGV Lantikan PN Terus Menghirup Darah Peneroka