PENGURUS ZAMANI TANGGUHKAN DULU SOAL KUTIP DANA

PENGURUS ZAMANI TANGGUHKAN DULU SOAL KUTIP DANA

PENGURUS ZAMANI TANGGUHKAN DULU SOAL KUTIP DANA

Pengurus kepada Zamani Slam iaitu Aalan Ahmad memaklumkan mahu menangguhkan dulu kutipan dana berikutan terdapat usaha beberapa pihak tertentu mewujudkan tabung bagi mengutip dana untuk pembedahan tulang belakang penyanyi terbabit yang menderita penyakit tulang belakang atau skoliosis.

Menurutnya, memang benar Zamani akan menjalani pembedahan tetapi ia masih di peringkat awal rawatan. Aalan berkata, mereka sendiri tidak tahu tarikh sebenar pembedahan kerana pelbagai kemungkinan boleh terjadi.

“Saya minta hentikan dahulu soal nak kutip dana dan sebagainya. Kita kena buat beberapa ‘medical test’ untuk tahu sama ada dia sihat atau tidak untuk menjalani pembedahan. Kemudian baru kita dapatkan tarikh.





“Sekarang masih di peringkat awal dan biarlah dulu. Memang benda ini baik dan bagus tapi kami takut ia akan mengundang ‘scammer’. Pihak Zamani pun tidak wakilkan sesiapa atau mana-mana pihak untuk kutip dana. Kami dengar ura-ura berkenaan tabung ini dari pelbagai pihak.

PENGURUS ZAMANI TANGGUHKAN DULU SOAL KUTIP DANA

“Kalau dia tak sihat, pembedahan pasti tak dapat dijalankan. Jadi tak perlulah kutip dana pembedahan buat masa ini. Bila kita dah sedia untuk pembedahan, dah dapat tarikh untuk pembedahan dan berapa kos yang diperlukan, barulah kami akan buat sidang media secara rasmi.

“Kami tak nak ada ‘scammer’ yang akan ambil kesempatan dalam perkara ini,” jelasnya yang dipetik sebagai kepada Harian Metro.


Disyorkan Untuk Anda :


Terdahulu Zamani menerusi sebuah portal berkata, dia masih menerima undangan nyanyian kerana mahu mengumpul dana perubatan. Malah dia bergantung kepada ubat tahan sakit (painkiller) untuk membolehkannya menyanyi.





Dia turut mengakui mengalami sakit selama 24 jam membabitkan perut dan bahagian belakang. Pembedahan terpaksa dilakukan memandangkan rawatan serta ubatan tradisional sudah tidak lagi memberikan kesan kepada dirinya.

PENGURUS ZAMANI TANGGUHKAN DULU SOAL KUTIP DANA

Angin kencang tangguhkan kepulangan angkasawan ISS ke bumi

 





PENGURUS ZAMANI TANGGUHKAN DULU SOAL KUTIP DANA


 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Jangan Biarkan Pengerusi FGV Lantikan PN Terus Menghirup Darah Peneroka





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker