Polis lengkap siasatan menyeluruh kes kematian Baby Syifaa

Polis lengkap siasatan menyeluruh kes kematian Baby Syifaa
Polis berkata kertas siasatan kes kematian Baby Syifaa telah dirujuk kepada ketua unit pendakwaan Negeri Sembilan sehingga ke pihak peguam negara. (Gambar Bernama)

Polis lengkap siasatan menyeluruh kes kematian Baby Syifaa

Ketua Polis Negeri Sembilan Ruslan Khalid berkata, siasatan merangkumi sudut keterangan saksi mahupun teknikal dengan penggunaan kaedah forensik serta khidmat pakar patologi dan kimia.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada ketua unit pendakwaan Negeri Sembilan sehingga ke pihak peguam negara.

“Kes disiasat bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001. Arahan telah diberi oleh pihak peguam negara supaya inkues diadakan untuk mengenal pasti punca kematian,” katanya memetik laporan Utusan Malaysia.

Katanya, kes untuk pendengaran inkues ditetapkan pada 29 Jun.





Awal hari ini, dilaporkan isteri Pemangku Raja Johor, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam menggesa kerajaan menyiasat semula kes kematian Baby Syifaa.

Khaleeda menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, memaklumkan pendapat mengatakan kecederaan bayi itu berpunca akibat terjerut tali buaian adalah tidak masuk akal.

“Bagi saya tidak masuk akal Baby Syifaa terjerut buai dengan ada kesan luka di kakinya seperti dia diheret,” katanya.

Polis siasat sama ada remaja miliki lesen





Polis lengkap siasatan menyeluruh kes kematian Baby Syifaa

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Jangan Biarkan Pengerusi FGV Lantikan PN Terus Menghirup Darah Peneroka





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker