SHILA AMZAH LEGA PERANG DINGIN DENGAN PIHAK MEDIA BERAKHIR SELEPAS LAPAN TAHUN

SHILA AMZAH LEGA PERANG DINGIN DENGAN PIHAK MEDIA BERAKHIR SELEPAS LAPAN TAHUN

SHILA AMZAH LEGA PERANG DINGIN DENGAN PIHAK MEDIA BERAKHIR SELEPAS LAPAN TAHUN

Akhirnya terlerai jua perang dingin membabitkan penyanyi Shila Amzah dan pihak media selepas lapan tahun menerusi satu pertemuan dari hati ke hati yang diadakan di Restoran Puteri, Sungai Penchala, Kuala Lumpur.

Dalam pertemuan yang berlangsung lebih tiga jam itu, Shila bersama pihak media terbabit saling bermaafan dan meluahkan apa yang terbuku di hati masing-masing sebelum ini.

Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 32, menjelaskan dia sudah lama memikirkan cara untuk berdamai namun tidak menjumpai masa yang sesuai.





“Sebenarnya perasan untuk berdamai ini sudah timbul sejak saya hamil iaitu pada 2019. Tetapi, mungkin masanya belum sesuai. Andai pertemuan ini diadakan pada lapan tahun lalu mungkin kita tidak akan sedamai ini kerana cara pemikiran saya sekarang sudah berubah dan lebih matang,” ujarnya.

Dalam pertemuan itu juga, Shila mengakui dia berasa lega selepas perbincangan menerusi pertemuan itu berakhir dengan baik. Menurut Shila lagi, dia mahu kisahnya ini menjadi pengajaran buat rakan artis yang lain selain menegaskan berdamai adalah cara terbaik dalam mengatasi sesuatu konflik.

SHILA AMZAH LEGA PERANG DINGIN DENGAN PIHAK MEDIA BERAKHIR SELEPAS LAPAN TAHUN

“Saya berasa lega untuk meneruskan hari mendatang. Saya tidak mahu menanggung bebanan di bahu saya kerana kemelut ini, saya sudah tidak larat. Kalau boleh saya mahu beritahu rakan artis yang lain jangan buang masa dan duit untuk turun naik mahkamah jika ada masalah dengan media dan selesaikan dengan baik.

“Saya tak mahu orang lain melalui perkara sama. Walau sesukar mana pun selesaikan dengan cara berdamai kerana tidak ada perkara baik yang akan muncul daripada kemelut sebegini,” katanya.






Disyorkan Untuk Anda :


Terdahulu menerusi program Melodi TV3, Shila telah meluahkan kekesalan dengan tindakan saman terhadap sekumpulan media pada tahun 2015 dan memohon maaf kepada pengamal media yang terkesan.

Dia turut berasa pengalaman itu satu pembaziran besar kerana jumlah wang dihabiskan untuk turun naik mahkamah sebenarnya boleh membeli sebuah rumah.

SHILA AMZAH LEGA PERANG DINGIN DENGAN PIHAK MEDIA BERAKHIR SELEPAS LAPAN TAHUN

SHILA AMZAH LEGA PERANG DINGIN DENGAN PIHAK MEDIA BERAKHIR SELEPAS LAPAN TAHUN





SHILA AMZAH : SAYA RINDU RUMAH SAYA

SHILA AMZAH LEGA PERANG DINGIN DENGAN PIHAK MEDIA BERAKHIR SELEPAS LAPAN TAHUN

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Jangan Biarkan Pengerusi FGV Lantikan PN Terus Menghirup Darah Peneroka

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker