SUAMI SHEILA RUSLY TAK MAHU MASUK CAMPUR

URUSAN RUMAH TANGGA ANAK

SUAMI SHEILA RUSLY TAK MAHU MASUK CAMPUR

SUAMI SHEILA RUSLY TAK MAHU MASUK CAMPUR

Suami kepada pelakon dan penerbit Sheila Rusly iaitu pengarah terkenal Azman Haji Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo yang kini bergelar datuk selepas anaknya menimang cahaya mata itu enggan mengulas lanjut mengenai nama cucunya, Bunga Elhaq.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Jinggo berkata nama cucunya itu merupakan kombinasi nama anaknya, Uzair Haqimy dan menantunya sendiri, pelakon Elisya Sandha.

Dalam pada itu, Jinggo memberitahu dia tidak mahu masuk campur dalam urusan rumah tangga anaknya kerana mahu mereka belajar serta membuat keputusan sendiri.





“Nama cucu Tok Sidang… BUNGA ELHAQ… Elhaq tu rasanya singkatan Elisya and Haq..So tu jer ler yang Tok Sidang boleh bagitau ke komer takat ni… Yang lain Tok Sidang tak boleh memandai mandai bagitahu… sebab apa? Sebab Bunga Elhaq bukan anak Tok Sidang tapi cucu Tok Sidang.

“Kalau Tok sidang buat keputusan pasal Haq and Mikha… ada orang lain masuk campur… Tok Sidang… naik angin… sebab apa? Sebab deme anak Tok Sidang, bukan anak komer… jadi nye…

SUAMI SHEILA RUSLY TAK MAHU MASUK CAMPUR

“Bior Haq dengan Elisya yang mula update pasei Bunga Elhaq… baru le Tok Sidang pulak… sebab ape? Sebab Tok Sidang and Sis ni Dada and Nana Bunga Elhaq… eya idak?

“Kalau kita masuk campur itu ini begitu begini, bila nye deme nak belajor buat keputusan untuk keluarga deme sendiri. Moral of the story, Jangan campor urusan anak anak kita yang udoh kawin, kita ni orang tua ni ushaaaa jer… peratiiii jer..






Disyorkan Untuk Anda :


“Senang cerita bior le anak kita yang udoh kawin… yang udoh ada anak… yang udoh ada family buat keputusan sendiri kecuali bila terpaksa atau bila tiba masa…kita orang tua ni kena masuk campor baru kita nyebuk balik… Eya idak?” tulisnya.

Untuk makluman, Uzair Haqimy mendirikan rumah tangga bersama Elisya Sandha pada 21 Ogos tahun lalu. Elisya selamat melahirkan cahaya mata sulung perempuan pada Sabtu lalu.

SUAMI SHEILA RUSLY TAK MAHU MASUK CAMPUR

SUAMI SHEILA RUSLY TAK MAHU MASUK CAMPUR





ELISYA SANDHA BAKAL TIMANG ANAK SULUNG PEREMPUAN

SUAMI SHEILA RUSLY TAK MAHU MASUK CAMPUR

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Jangan Biarkan Pengerusi FGV Lantikan PN Terus Menghirup Darah Peneroka

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker