Warga emas ditemui rentung dalam kebakaran

Warga emas ditemui rentung dalam kebakaran
Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting melakukan operasi memadam kebakaran rumah yang membabitkan satu mangsa rentung. NSTP/IHSAN BOMBA SELANGOR

Warga emas ditemui rentung dalam kebakaran

KUALA LANGAT: Seorang lelaki warga emas ditemui rentung berhampiran pintu di bahagian belakang sebuah rumah dalam kebakaran di Jalan Sukun, Kampung Kanchong Darat di sini, malam ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata berdasarkan penemuan mayat, mangsa berusia 66 tahun, dipercayai cuba untuk menyelamatkan diri.

“Bomba tiba di lokasi pada jam 8.34 malam sebaik menerima panggilan pada jam 8.17 malam dan mendapati sebuah rumah kelas C (rumah papan) terbakar 80 peratus.

“Bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 8.43 malam, bagaimanapun kita menerima maklumat daripada isteri pemilik rumah, suaminya berada di rumah sejak petang tadi.





“Selepas membuat pencarian, bomba menemui mayat seorang lelaki rentung di bahagian belakang rumah iaitu berhampiran pintu untuk keluar,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Hafisham berkata, menurut isteri mangsa, rumah berkenaan adalah rumah persinggahan berkebun mereka.

“Rumah berkenaan rumah singgah berkebun sahaja. Suaminya memaklumkan mahu berehat sekejap sebelum pulang ke rumah,” katanya.

 

Warga emas ditemui rentung dalam kebakaran

 






Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Jangan Biarkan Pengerusi FGV Lantikan PN Terus Menghirup Darah Peneroka





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker