Hishamuddin Perlekehkan Peranan ATM Kerana Mahu Alih Perhatian Rakyat Dari Skandal UKSB?

Hishamuddin Perlekehkan Peranan ATM Kerana Mahu Alih Perhatian Rakyat Dari Skandal UKSB?

Hishamuddin Perlekehkan Peranan ATM Kerana Mahu Alih Perhatian Rakyat Dari Skandal UKSB?

Satu-satunya Menteri Pertahanan di dalam dunia yang ‘mengarahkan’ tentera untuk menjadi ‘pahlawan cangkul’ ialah Menteri Kanan Pertahanan Malaysia, Hishamuddin Hussien.

Baca di sini:

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/06/wujudkan-ladang-tanaman-makanan-di-kem-tentera/





Alasan Hishamuddin ialah beliau mahu di setiap kem ada sekuriti makanan tersendiri, dalam apa juga keadaan, harga (makanan) melambung, tentera boleh berdikari.

Selain itu Hishamuddin juga mendakwa projek rintis bagi projek sekuriti makanan itu telahpun dimulakan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas dan akan diperluaskan di kem lain.

Edisi Siasat tidak memberikan ulasan segera kenyataan Hishamuddin yang bertarikh 21 Jun 2022 kerana kami merasakan Hishamuddin pasti ada agenda tersembunyi di sebalik kenyataan itu.

Hishamuddin seorang menteri kanan yang sudah berpuluh tahun berada dalam dunia politik serta berada dalam kabinet kerajaan.

Adalah mustahil sekiranya Hishamuddin tidak tahu kenyataan sebegini akan menimbulkan kemarahan dan kecaman dari rakyat.





Juga sangat mustahil sekiranya Hishamuddin tidak tahu kenyataan beliau itu akan mengguris dan mencalarkan kredibiliti ATM.

Bukan Edisi Siasat memandang rendah sektor pertanian, malah kami akui ianya adalah sektor yang sangat penting.

Tetapi mengarahkan tentera supaya menjadi pahlawan cangkul adalah seperti memaksa seorang chef di hotel 5 bintang supaya membuat ‘house keeping bilik’ di hotel tersebut.

Dan alasan yang diberikan ialah bilik yang bersih dan kemas akan menarik lebih ramai pengunjung!!!

Memang benar, bilik yang bersih dan kemas akan menarik lebih ramai pengunjung, tetapi bukankah kerja ‘house keeping bilik’ sudah ada jabatan dengan kakitangan terlatih melakukannya.





Apakah Hishamuddin lupa atau buat-buat lupa, sekuriti makanan negara adalah tanggungjawab Kementerian Pertanian dan Industri Makanan?

Apa pun masalah atau keadaannya, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan mesti memastikan bekalan makanan dalam negara mencukupi.

Jadi, Hishamuddin tidak perlu pening kepala memikirkan masalah itu.

Kedaulatan Negara Yang Mesti Hishamuddin Jaga

Tanggungjawab utama Kementerian Pertahanan ialah membimbing ATM supaya menjaga kedaulatan negara.

Banyak isu pencerobohan tentera asing di kawasan perairan dan udara Malaysia?





Baca di sini:

1. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ceroboh-ruang-udara-china-pertahan-tindakan-16-pesawat-tenteranya-301322

2. https://www.airtimes.my/2018/12/11/helikopter-tempur-singapura-ceroboh-ruang-udara-cabar-kedaulatan-malaysia/

Sebagai Menteri Pertahanan, sudahkah Hishamuddin menyelesaikan masalah pencerobohan tentera asing?

Adakah Hishamuddin Cuba Mengalihkan Isu?

Sebenarnya, walau pun Hishamuddin tahu kenyataan beliau akan mendapat kecaman dari pelbagai pihak, tetapi sebenarnya itulah yang beliau mahukan.





Dalam kes UKSB yang sedang dibicarakan di mahkamah, beberapa nama pemimpin politik telah didakwa menerima sumbangan politik dari syarikat tersebut.

1. https://edisisiasat.online/2022/06/19/sprm-akan-siasat-individu-terima-dana-uksb/

2. https://edisisiasat.online/2022/06/22/siapa-dalang-sebenar-dalam-skandal-uksb/

4 dari 6 pemimpin yang didakwa menerima sumbangan politik sudah mengeluarkan kenyataan penafian (tidak bermaksud mereka tidak menerima).

Biarlah SPRM menyiasat untuk memastikan kesahihan penafian mereka.

Cuma Hishamuddin dan Rezal Merican sahaja yang belum mengeluarkan apa-apa kenyataan penafian.

Semakin hari, mereka semakin didesak bukan sahaja oleh akar umbi UMNO, malah rakyat mahu melihat respon mereka.

Satu perkara yang mungkin ramai tidak tahu, kontrak UKSB untuk mengendalikan visa luar negara diberikan oleh Hishamuddin memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri.

Hishamuddin menjadi Menteri Dalam Negeri dari 10 April 2009 hingga 5 Mei 2013.

Baca di sini:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Hishammuddin_Hussein#Sebagai_Menteri_Dalam_Negeri

Dan Rezal Merican sememangnya dikenali sebagai ‘orang kuat’ Hishamuddin.

Persoalannya, apakah Rezal Merican juga adalah penerima duit bagi pihak Hishamuddin?

Saksi ke-15, Harry Lee Viu Khium mendakwa DS Zahid menerima S$13.5 juta dan kerana UKSB tidak mempunyai duit yang cukup, maka duit dari Hong Kong telah diambil.

Persoalannya apakah duit dari Hong Kong itu ada kaitan dengan sindiket paspot palsu Malaysia yang pernah didedahkan?

https://diva.my/2016/107519/passport-malaysia-dapat-permintaan-tinggi-sindiket/

Sekiranya apa yang didakwa ini benar, siapakah ‘monster’ sebenar di dalam kes UKSB, adakah ianya DS Zahid atau Hishamuddin Hussien?

Hishamuddin mesti memberikan jawapan tuntas kerana berdiam diri bukanlah satu pilihan untuk beliau.

 

Hishamuddin Perlekehkan Peranan ATM Kerana Mahu Alih Perhatian Rakyat Dari Skandal UKSB?

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker