Kerana Mahathir Tugas Berat Menanti Tajuddin Rahman Di Indonesia

Kerana Mahathir Tugas Berat Menanti Tajuddin Rahman Di Indonesia

Kerana Mahathir Tugas Berat Menanti Tajuddin Rahman Di Indonesia

Di Malaysia, Dr Mahathir sememangnya dikenali sebagai seorang yang suka bergaduh.

Sikap suka bergaduh Dr Mahathir tidak hanya terhad kepada individu yang menjadi musuh politik beliau, tetapi dengan negara jiran dan kuasa besar juga Dr Mahathir boleh jadikan musuh.

Masalahnya, implikasi dari sikap buruk beliau, tidak hanya dirasakan oleh beliau sahaja, tetapi oleh negara dan rakyat Malaysia.





Terkini, berlaku pertikaian antara Dr Mahathir dengan Istana Johor.

Segala-galanya bermula apabila Sultan Johor merasakan kerajaan pusat selama ini menganaktirikan negeri Johor.

Baginda mempunyai asas yang kukuh untuk merasa demikian, malah baginda kemukakan beberapa contoh.

Namun yang paling mendukacitakan baginda ialah apabila Dr Mahathir membuat keputusan membatalkan rayuan keputusan ICJ berkenaan isu Pulau Batu Puteh.





Baca di sini:

https://edisisiasat.online/2022/06/22/apa-punca-mahathir-hadiahkan-pulau-batu-puteh-kepada-singapura/

Tetapi Dr Mahathir dengan biadap menjawab, kehilangan Pulau Batu Puteh cuma perkara kecil!!!

Baca di sini:

https://www.airtimes.my/2022/06/23/kehilangan-pulau-batu-puteh-bukan-masalah-besar-tun-m/





Kebiadapan Mahathir Timbulkan Ketegangan Hubungan Dua Hala Malaysia Indonesia

Malah Dr Mahathir membuat cadangan yang tidak masuk akal dengan menggesa Kerajaan Malaysia menuntut balik pemilikan Riau dari Kerajaan Indonesia!!!

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/968988/tuntut-riau-dr-mahathir-tiada-asas-undang-undang

Kebiadapan Dr Mahathir mendapat bantahan segera dari Kerajaan Indonesia.

Kerajaan Indonesia menegaskan, Malaysia tiada asas undang-undang untuk menuntut Riau dari Kerajaan Indonesia.





Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/968988/tuntut-riau-dr-mahathir-tiada-asas-undang-undang

Tidak kira apa pun niat Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan itu, implikasinya ia telah menimbulkan ketegangan hubungan diplomatik dua hala antara Malaysia dan Indonesia.

Hanya disebabkan keceluparan Dr Mahathir, ianya telah memberikan beban yang sangat besar kepada bakal Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Tajuddin Rahman.

Ramai yang menuduh kononnya tindakan Presiden UMNO menggugurkan Tajuddin dari MKT UMNO sebagai tindakan politik kem Presiden UMNO.





Tetapi kenyataannya ialah, tindakan itu adalah untuk memberikan ruang yang selesa kepada Tajuddin memulihkan kembali hubungan dengan Indonesia secepat mungkin.

UMNO tidak mahu membebankan Tajuddin dengan tugas parti kerana tanggungjawab yang lebih besar sedang menanti beliau di Indonesia.

Daripada terus memberikan masalah kepada rakyat dan negara, adalah lebih baik sekiranya Dr Mahathir mengundurkan diri dari dunia politik.

Mungkin sekurang-kurangnya, beliau berpeluang untuk dikenang sebagai negarawan oleh generasi akan datang.

 

Kerana Mahathir Tugas Berat Menanti Tajuddin Rahman Di Indonesia

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker