MUBARAK MAJID AKUI TERKEJUT

DINOBAT PELAKON LELAKI TERBAIK DI INDIA SELEPAS EMPAT DEKAD BERLAKON

MUBARAK MAJID AKUI TERKEJUT

MUBARAK MAJID AKUI TERKEJUT

Sepanjang empat dekad pembabitan dalam industri lakonan tanah air, pelakon Mubarak Majid dinobat sebagai pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem pendek Coofie & Sexy Dress terbitan Buffalo Orange Pictures Sdn Bhd di Motion Horse International Film Festival (MHIFF) 2022 yang diadakan di India baru-baru ini.

Mengulas mengenai kemenangannya itu, Mubarak berkata ini merupakan kemenangan pertama yang diraih dan dia akui terkejut kerana sebelum ini hanya tersenarai dalam Top 5 pencalonan anugerah di tanah air seperti Anugerah Seri Angkasa dan Anugerah Skrin.

“Ia sesuatu yang amat membanggakan kerana dah lama saya dalam ini dan ada juga penghargaan walaupun bukan diperolehi dalam negara sendiri. Saya tak sedih dan tak nak kata apa jika dianggap tak dihargai di negara sendiri kerana itu bukan matlamat saya.





“Saya hanya buat yang terbaik dan penghargaan itu datang daripada penilaian pihak mereka. Saya tak ada perasaan kecil hati kerana dah buat kerja saya. Saya baru diberitahu berkenaan kemenangan ini oleh produksi dan setakat ini belum dapat sijil yang akan diberikan dalam bentuk digital selepas ini,” ujarnya.

MUBARAK MAJID AKUI TERKEJUT

 

Berkongsikan mengenai wataknya dalam filem itu, pelakon berusia 66 tahun itu memegang watak sebagai bapa kepada seorang model.

“Ia mengisahkan kehidupan keluarga yang susah di mana isterinya jatuh sakit dan anak perempuannya kemudian membantu mencari wang dengan bekerja sebagai model.





Disyorkan Untuk Anda :


 

“Namun, bapanya salah sangka dan menganggap anaknya buat kerja yang tak elok. Bapanya tak tahu rupa-rupanya di tolong bapanya cari wang untuk biaya perubatan emaknya. Itu yang tajuknya ada perkataan Sexy Dress,” katanya.

Tantawi, pemimpin pertama Mesir pasca Mubarak meninggal dunia

MUBARAK MAJID AKUI TERKEJUT


 





Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Kerana Mahathir Tugas Berat Menanti Tajuddin Rahman Di Indonesia





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker