2 maut, 14 cedera dalam tembakan kelab malam Norway

2 maut, 14 cedera dalam tembakan kelab malam Norway
Polis mengawal kawasan itu berikutan tembakan di tengah Oslo yang mengorbankan dua orang. – Foto AFP

2 maut, 14 cedera dalam tembakan kelab malam Norway

OSLO: Dua terbunuh dan 14 cedera dalam satu tembakan di sebuah kelab malam berhampiran ibu negara Norway, hari ini.

Menurut jurucakap polis, Tore Barstad, seorang suspek dipercayai pelaku tunggal telah ditahan, namun motif serangan tidak diketahui.

Kejadian itu berlaku di London Pub, iaitu sebuah kelab gay popular dan seterusnya ke jalan berhampiran di mana suspek ditahan beberapa minit selepas tembakan.

Seorang wartawan, Olav Roenneberg dari penyiar awam NRK, berkata beliau melihat seorang lelaki tiba dengan beg, mengambil pistol dan mula menembak.





Sementara itu, Perdana Menteri, Jonas Gahr Stoere, berkata serangan itu disifatkan dahsyat dan mengejutkan terhadap orang yang tidak bersalah.

“Kami belum tahu lagi apa yang ada di sebalik perbuatan yang dahsyat ini, tetapi kepada keluarga mangsa yang berkabung, saya ingin mengatakan bahawa kami berdiri bersama-sama dengan anda,” katanya.


Disyorkan Untuk Anda :


Oslo dijadualkan mengadakan perarakan Pride tahunannya pada hari ini, hanya beberapa bulan selepas Norway menandakan 50 tahun sejak pemansuhan undang-undang yang menganggap seks gay sebagai jenayah.

Sementara itu, dalam perkembangan terbaharu, polis berkata, suspek yang ditahan polis berikutan tembakan maut di Oslo itu warga Norway berketurunan Iran.

Lelaki itu dikenali oleh perkhidmatan perisikan domestik dan mempunyai masalah dengan undang-undang untuk pelanggaran kecil seperti pisau dan memiliki dadah, polis memberitahu sidang akhbar, tanpa menamakan suspek.





Polis sebelum ini berkata, mereka sedang menyiasat tembakan itu, yang menyebabkan dua maut dan sekurang-kurangnya 21 cedera, sebagai ‘serangan pengganas’. – AGENSI

4 tentera maut pesawat AS jalani latihan terhempas di Norway

2 maut, 14 cedera dalam tembakan kelab malam Norway


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Kerana Mahathir Tugas Berat Menanti Tajuddin Rahman Di Indonesia

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker