AEDY ASHRAF BUAT LAPORAN POLIS

BENGANG INDIVIDU MENYAMAR SEBAGAI DIRINYA -  UNTUK PERDAYA WANITA

AEDY ASHRAF BUAT LAPORAN POLIS

AEDY ASHRAF BUAT LAPORAN POLIS

Baru-baru ini, ada seorang individu yang menyamar sebagai pelakon Aedy Ashraf dengan menggunakan alamat emel palsu untuk memperdaya wanita. Bengang dengan dengan si penyamar, Aedy telah membuat laporan di Balai Polis Cyberjaya, kelmarin berhubung hal tersebut.

Aedy ketika dihubungi berkata, dia terkejut apabila terdapat lima wanita tampil berkongsi mengenai perkara itu sehingga ada yang mendakwa sudah bercakap dengan individu itu hampir dua minggu.

“Sudah lima wanita menghantar mesej peribadi kepada saya bertanyakan mengenai kesahihan emel itu. Modus operandinya adalah mengikuti akaun Instagram kenalan saya yang mempunyai alamat emel di profil akaun mereka, kemudian individu ini akan cuba menghantar mesej dan menyamar sebagai saya.





“Ramai yang terpedaya apabila mesej yang dihantar di iMessage itu tertera seolah-olah emel saya sehingga ada yang sudah bercakap dengan individu ini hampir dua minggu.

AEDY ASHRAF BUAT LAPORAN POLIS

“Malah individu ini juga dengan beraninya mengajak mereka keluar berjumpa selain ada wanita yang sudah memberikan alamat rumah kepada penyamar ini,” katanya.

Menurut Aedy, laporan polis yang dibuat bagi membersihkan namanya selain bimbang maklumat diri disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.


Disyorkan Untuk Anda :


“Saya ingin tegaskan alamat emel itu bukan kepunyaan saya dan mengingatkan kepada semua untuk lebih berhati-hati. Setakat ini, kesemua wanita yang menghubungi saya memaklumkan tiada ugutan atau perkara tidak baik berlaku kepada mereka,” katanya.





AEDY ASHRAF BUAT LAPORAN POLIS

AEDY ASHRAF LAMAR AMELIA HENDERSON JADI ‘GIRLFRIEND’ DEPAN PENTAS

AEDY ASHRAF BUAT LAPORAN POLIS

 






Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Kerana Mahathir Tugas Berat Menanti Tajuddin Rahman Di Indonesia





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker