BANTU ZAMANI – AZNIL BERJAYA KUMPUL LEBIH RM100,000

BANTU ZAMANI - AZNIL BERJAYA KUMPUL LEBIH RM100,000

BANTU ZAMANI – AZNIL BERJAYA KUMPUL LEBIH RM100,000

Semua sedia maklum mengenai penyanyi Zamani Slam yang menderita penyakit tulang belakang atau skoliosis dan dia perlu menjalani pembedahan dengan kadar segera berhubung keadaan terkininya yang kelihatan semakin merosot. Zamani sebelum ini berkata, keadaan tulangnya yang semakin membongkok menyukarkan dia untuk melakukan aktiviti seharian dan bekerja.

Dalam pada itu, pengurus Zamani meminta pihak yang mahu mewujudkan tabung dana agar tidak berbuat demikian kerana penyanyi itu masih di peringkat awal rawatan serta bimbang jika wujudnya scammer yang mahu mengambil kesempatan.

Terkini, usaha pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi mencari dana membantu membiayai kos pembedahan Zamani berjaya mengumpul lebih RM100,000 hasil sumbangan orang ramai.





Difahamkan, tidak sampai 10 jam dilancarkan sudah berjaya mengutip jumlah tersebut bagi membantu Zamani. Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Pak Nil memaklumkan tabung bantuan itu telah pun ditutup.

BANTU ZAMANI - AZNIL BERJAYA KUMPUL LEBIH RM100,000

“Tabung bantuan untuk Zamani dah Pak Nil tutup ya. Itu adalah jumlah penuh yang dapat dikutip. Memang di luar jangkaan dan memang ramai sayangkan Zamani. Semoga Allah balas kebaikan kamu semua dengan rezeki yang berlipat kali ganda. Semoga dengan bantuan ini, Zamani dapat disembuhkan. Aminn,” tulinya.

Semalam, Pak Nil ada memuat naik rakaman perbualannya dengan Zamani serta memohon maaf kerana membuat kutipan tanpa pengetahuan penyanyi itu.


Disyorkan Untuk Anda :


“Minta maaf Pak Nil buat kutipan untuk Zamani tak cakap dengan Zamani sebab Pak Nil tahu Zamani kata tak nak meminta-minta. Tapi Pak Nil kata tak apa biar Pak Nil yang buat. Zamani nak buat ‘show’ banyak-banyak, Pak Nil rasa keadaan Zamani nanti lagi memudaratkan,” katanya.





Zamani yang sebak bagaimanapun enggan menerima wang tersebut serta meminta Aznil menyimpan wang tersebut sehingga tiba waktu penbedahan. Pak Nil kemudian meminta Zamani mengambilnya untuk kegunaan rawatan kerana tidak mahu Zamani risau dan tertekan kerana boleh memudaratkan kesihatannya.

BANTU ZAMANI - AZNIL BERJAYA KUMPUL LEBIH RM100,000

BANTU ZAMANI - AZNIL BERJAYA KUMPUL LEBIH RM100,000

 

SHUK TERKELU BILA DITANYA PAK NIL “BERBALOI KE CURANG?”





BANTU ZAMANI – AZNIL BERJAYA KUMPUL LEBIH RM100,000

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Kerana Mahathir Tugas Berat Menanti Tajuddin Rahman Di Indonesia

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker