FIZO OMAR TIMANG ANAK PEREMPUAN

ISTERI SELAMAT BERSALIN DUA MINGGU LEBIH AWAL

FIZO OMAR TIMANG ANAK PEREMPUAN

FIZO OMAR TIMANG ANAK PEREMPUAN

“Alhamdulillah, satu lagi anugerah terindah daripada Allah. Isteri saya selamat melahirkan bayi perempuan dua minggu lebih awal dari tarikh jangkaan. Ibunya selamat dan bayi comel.

“Terima kasih Hospital Andorra atas keramahan layanan. Kami sangat gembira dengan kemesraan kakitangan, pasukan di bilik bersalin yang begitu memberi perhatian dan banyak membantu tunaikan keperluan terutama untuk si ibu dan bayi.”

Itulah tulis pelakon Fizo Omar, 37, yang berkongsi khabar gembira dimana isterinya, Fazeera Nazri Azrai telah selamat melahirkan anak perempuan, hari ini iaitu dua minggu lebih awal dari tarikh jangkaan.





Fizo berkata, dia sangat bersyukur keadaan isteri serta anaknya baik-baik saja serta proses kelahiran itu dipermudahkan. Dalam masa sama, Fizo yang sangat teruja untuk menggalas tanggungjawab menjaga bayinya itu turut bersyukur kerana ramai mendoakan keluarganya sepanjang proses itu.

FIZO OMAR TIMANG ANAK PEREMPUAN

 

“Terima kasih khasnya buat Dr Khamsiah Muda yang sentiasa bersama kami sepanjang perjalanan kehamilan itu serta melancarkan proses bersalin. Terima kasih di atas doa daripada semua okey. Okeylah, ‘daddy’ sudah nak ‘on duty’ ini,” tuturnya.

Untuk makluman, Fizo dan Fazeera berkahwin pada Oktober tahun lalu selepas lebih setahun berkenalan. Fazeera adalah pramugari yang berpangkalan di Doha, Qatar sebelum ini. Pasangan itu melangsungkan pernikahan secara tertutup di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang.





Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan Wan Maryam.

SAH WANITA INI ISTERI FIZO

FIZO OMAR TIMANG ANAK PEREMPUAN

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :






Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Kerana Mahathir Tugas Berat Menanti Tajuddin Rahman Di Indonesia





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker