Kone buat Melaka gigit jari

Kone buat Melaka gigit jari
MELAKA: Jaringan masa kecederaan Francis Kone membolehkan Sarawak United (SUFC) menewaskan Melaka United 3-2 pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam ini.
Malah, ketinggalan dua kali tidak pernah menghentikan api perjuangan Sarawak sehingga ke wisel penamat menerusi kebangkitan dramatik untuk meraih mata maksimum di gelanggang lawan.
Hijau Putih yang turun dengan keazaman tinggi mencipta kemenangan selepas sekadar seri 0-0 berdepan Negeri Sembilan FC (NSFC) minggu lalu, menyaksikan mereka lebih banyak menguasai babak awal perlawanan.
Bagaimanapun, dua percubaan awal menerusi kapten pasukan Sony Norde pada minit ketujuh dan Adriano Narcizo minit ke-12 gagal memecah kebuntuan.
Apapun, buruan Melaka untuk gol pendahuluan akhirnya terhasil selepas Norde merembat kencang hasil hantaran Ifedayo Olusegun sekali gus menewaskan penjaga gol Tauffiq Ar Rasyid Johar di minit ke-17.
Disyorkan Untuk Anda :
- Perikatan Nasional Hadapi Krisis Dalaman Yang Serius
- Bekalan Minyak Masak Bersubsidi Pasti Sukar Di Perolehi Apabila Harga Minyak Masak Di Apungkan
- Kilang Fitnah Rafizi Sedang Proses Produk Keluarga Malaysia
Tetapi jaringan itu tidak bertahan lama selepas Sarawak berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-23 hasil jaringan Gonzolo Soto.
Terkejut dengan jaringan penyamaan terbabit skuad Hijau Putih pantas meledak gol kedua menerusi pemain pertahanan kiri, Syazwan Andik di minit ke-34 selepas menyudahkan bola yang ditepis Tauffiq.
Bersambung babak kedua Sarawak lebih agresif untuk memastikan mereka tidak pulang hampa dengan mengatur gerak menarik dalam usaha mereka menyamakan kedudukan.
Akhirnya, usaha mereka berjaya menyamakan kedudukan menerusi Francis Kone pada minit ke-60 menewaskan penjaga gol Melaka, Tian Keat See.
Ketika perlawanan seakan berakhir dengan keputusan seri, Kone sekali lagi tampil menjadi pemusnah menerusi tandukannya pada masa kecederaan sekali gus membolehkan Sarawak membawa pulang tiga mata.
Kone buat Melaka gigit jari
Disyorkan Untuk Anda :
- Jangan Biarkan Pengerusi FGV Lantikan PN Terus Menghirup Darah Peneroka
- Isham Jalil Akan Di Lantik Sebagai Ahli MKT UMNO
- Hishamuddin Perlekehkan Peranan ATM Kerana Mahu Alih Perhatian Rakyat Dari Skandal UKSB?
- Isu Tajuddin Di Gugurkan Dari MKT UMNO, Jangan Probok Probok Lah…
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Kerana Mahathir Tugas Berat Menanti Tajuddin Rahman Di Indonesia