Polis Indonesia tahan 6 individu hina agama, promosi bar

Polis Indonesia tahan 6 individu hina agama, promosi bar
Notis bertulis ‘Tutup Holywings’ yang dipasang oleh kumpulan Islam di Jakarta. – Foto AFP

Polis Indonesia tahan 6 individu hina agama, promosi bar

JAKARTA: Polis Indonesia menahan enam individu atas pertuduhan menghina agama berhubung promosi alkohol percuma sebuah rantaian bar kepada pelanggan bernama Mohammed hingga mencetuskan kemarahan di negara majoriti Islam berkenaan.

Semalam, polis mengemukakan enam suspek, termasuk pengarah kreatif Holywings dan ketua pasukan promosinya, semasa sidang media yang disiarkan di televisyen.

“Enam orang telah dinamakan suspek dan mereka semua bekerja untuk syarikat itu.

“Suspek membuat kandungan untuk menarik pelanggan ke cawangan mereka, terutama yang membuat kurang daripada 60 peratus daripada sasaran jualan mereka,” kata Ketua Polis Jakarta Selatan, Budhi Herdi Susianto.





Keenam-enam tertuduh memakai baju oren dan muka ditutup.

Mereka didakwa dengan pelbagai kesalahan, termasuk penghinaan dan menyebarkan kebencian agama dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun jika didapati bersalah.


Disyorkan Untuk Anda :


Dalam siaran media sosial yang kini dipadamkan, bar Holywings menawarkan sebotol arak percuma untuk lelaki bernama Muhammad dan wanita bernama Maria – figura popular dalam kitab Injil, setiap Khamis, jika mengemukakan kad pengenalan mereka.

Siaran itu menimbulkan kemarahan dalam talian dan beberapa pertubuhan belia melaporkan pihak pengurusan kepada polis kerana didakwa melakukan penghinaan, manakala kumpulan lain mengancam untuk menyerbu lokasi rantaian bar itu.

Selepas kemarahan itu, Holywings mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka dan mendakwa pengurusan tidak mengetahui mengenai promosi itu.





Arak dianggap diharamkan di bawah undang-undang Islam dan walaupun minum tidak dilarang bagi mana-mana agama di bar negara sekular itu, perbuatan itu sendiri tidak disenangi oleh umat Islam konservatif. – AFP

Bar di Indonesia dikecam kerana hina agama

 

Polis Indonesia tahan 6 individu hina agama, promosi bar






Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Kerana Mahathir Tugas Berat Menanti Tajuddin Rahman Di Indonesia





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker