Remaja Palestin dibunuh tentera Israel di Tebing Barat

Remaja Palestin dibunuh tentera Israel di Tebing Barat
RAMALLAH: Seorang remaja Palestin meninggal dunia akibat kecederaannya selepas beberapa jam ditembak oleh tentera Israel di Tebing Barat yang diduduki, hari ini.
Menurut seorang ahli majlis Silwad, mangsa Mohammad Hamad, 16, cedera ditembak semalam, berhampiran bandar Silwad, Ramallah di utara Tebing Barat dan meninggal dunia beberapa jam kemudian.
Katanya, remaja itu berada berhampiran jalan menuju ke penempatan jiran Ofra apabila dia ditembak oleh tentera Israel.
Sementara itu, seorang jurucakap tentera Israel berkata, berpuluh-puluh rakyat Palestin berkumpul berhampiran Silwad dan sebilangan suspek membaling batu ke arah kereta yang lalu hingga membahayakan orang awam.
“Berikutan itu askar di tempat kejadian bertindak menghentikannya mengikut prosedur operasi standard, menggunakan tembakan secara langsung sebagai pilihan terakhir,” katanya kepada AFP.
Selain itu, dilaporkan seorang warga Palestin telah dipukul tanpa memberikan butiran lanjut.
Disyorkan Untuk Anda :
- Perikatan Nasional Hadapi Krisis Dalaman Yang Serius
- Bekalan Minyak Masak Bersubsidi Pasti Sukar Di Perolehi Apabila Harga Minyak Masak Di Apungkan
- Kilang Fitnah Rafizi Sedang Proses Produk Keluarga Malaysia
Terdahulu, 19 orang iaitu 18 orang awam di Israel dan seorang peneroka Yahudi terbunuh dalam serangan oleh penduduk Palestin dan Arab Israel sejak akhir Mac lalu.
Pasukan keselamatan Israel bertindak balas di Tebing Barat di mana tiga penyerang Arab Israel dan sekurang-kurangnya 46 rakyat Palestin telah terbunuh.
Antara terbunuh yang disyaki militan tetapi juga bukan pejuang, termasuk seorang wartawan Al Jazeera yang membuat liputan serbuan di Jenin. – AFP
AWIE DIPERINTAH BAYAR RM80,000 KEPADA BEKAS ISTERI ATAS KECEDERAANNYA
Remaja Palestin dibunuh tentera Israel di Tebing Barat
Disyorkan Untuk Anda :
- Jangan Biarkan Pengerusi FGV Lantikan PN Terus Menghirup Darah Peneroka
- Isham Jalil Akan Di Lantik Sebagai Ahli MKT UMNO
- Hishamuddin Perlekehkan Peranan ATM Kerana Mahu Alih Perhatian Rakyat Dari Skandal UKSB?
- Isu Tajuddin Di Gugurkan Dari MKT UMNO, Jangan Probok Probok Lah…
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Kerana Mahathir Tugas Berat Menanti Tajuddin Rahman Di Indonesia