Remaja perempuan hilang selepas ke kedai

Remaja perempuan hilang selepas ke kedai

Remaja perempuan hilang selepas ke kedai

KUALA LUMPUR: Remaja perempuan berusia 17 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Bandar Dalam, Sentul, di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata pihaknya menerima laporan polis daripada ibunya mengatakan anaknya tidak pulang ke rumah selepas keluar pada jam 7.20 malam.

“Remaja, Nur Hidayati Duwaijah Mazlan dikatakan keluar dari rumah mereka untuk ke kedai, namun sehingga kini masih gagal dihubungi.





“Ibu remaja berkenaan sudah cuba untuk menghubungi telefon pintar milik anaknya namun gagal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Eng Lai berkata, menurut ibu remaja terbabit, anaknya kali terakhir dilihat memakai baju berwarna merah dan seluar berwarna hitam.

“Ketinggian adalah lebih kurang 145cm dan berkulit cerah. Selain itu, anaknya berbadan sederhana dan kedua-dua mata anaknya adalah berwarna coklat.

“Kehilangan kanak-kanak ini telah dihebahkan melalui Nur Alert. Polis meminta orang ramai yang ada maklumat mengenai kehilangan remaja ini tampil memberikan keterangan ataupun menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Noramalina Md Jamil di talian 017-3185868 atau Bilik Gerakan IPD Sentul, 03-40482222,” katanya.

Ibu tunggal mohon polis bantu dapatkan 3 anak kembali





Remaja perempuan hilang selepas ke kedai

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Kerana Mahathir Tugas Berat Menanti Tajuddin Rahman Di Indonesia

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker