SYAMSUL YUSOF BERI AMARAN INDIVIDU MUAT NAIK ‘MAT KILAU’ SECARA HARAM
"PADAM SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT"
SYAMSUL YUSOF BERI AMARAN INDIVIDU MUAT NAIK ‘MAT KILAU’ SECARA HARAM
Pelakon dan pengarah filem ‘Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan’ iaitu Syamsul Yusof menerusi laman Instagram miliknya telah memberikan amaran terhadap segelintir pengguna media sosial yang memuat naik klip filem terbabit secara haram ketika menonton di pawagam.
Syamsul berkata, pengguna media sosial diingatkan untuk tidak memuat naik sebarang klip atau visual filem melebihi lima saat jika tidak mahu berdepan dengan tindakan undang-undang.
“Padam sekarang sebelum terlambat. Kepada pengguna TikTok atau mana-mana platform media sosial lain sila hati-hati. Tidak dibenarkan memuat naik visual atau klip daripada filem melebihi lima saat.
“Pihak penerbit berhak saman anda dan tindakan mahkamah boleh dikenakan. Saya tidak mahu kes saman filem Munafik 2 dulu berulang lagi, sehingga kedua-dua orang tua menangis dan memohon maaf atas perbuatan tidak bertanggungjawab anak mereka.
“Maaf saya terpaksa ambil juga tindakan mahkamah dulu. Akhirnya diisytihar muflis dan nama disenarai hitam kerana saman gagal dibayar. Tindakan (memuat naik) sangat tidak berbaloi. Tolong ambil maklum dan jangan susahkan diri sendiri. Ini kesalahan berat,” tulisnya.
Menerusi foto yang dimuat naik, Syamsul mendedahkan kesalahan seorang pengguna TikTok yang memuat naik klip filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan secara haram dan meraih ribuan tontonan.
Disyorkan Untuk Anda :
- Perikatan Nasional Hadapi Krisis Dalaman Yang Serius
- Bekalan Minyak Masak Bersubsidi Pasti Sukar Di Perolehi Apabila Harga Minyak Masak Di Apungkan
- Kilang Fitnah Rafizi Sedang Proses Produk Keluarga Malaysia
Dalam pada itu, salah seorang pelakon filem terbabit, Beto Kusyairy dalam perkongsiannya di Facebook turut meluahkan kekecewaannya terhadap segelintir pengguna media sosial yang seolah-olah tidak bersalah apabila memuat naik klip video filem itu.
“Janganlah rakam babak-babak dalam filem Mat Kilau. Sebelum mulakan dah pesan dilarang segala aktiviti rakaman. Ini rakam siap masuk TikTok pula babak-babak klimaks. Kemudian tiada rasa bersalah pula ‘tag’ saya. Selamba bagi bahan bukti. Nanti diambil tindakan tak ke naya,” katanya.
M DAUD KILAU REDA UCAP SELAMAT TINGGAL RAJA GELEK JIKA KESIHATAN MAKIN MEROSOT
SYAMSUL YUSOF BERI AMARAN INDIVIDU MUAT NAIK ‘MAT KILAU’ SECARA HARAM
Disyorkan Untuk Anda :
- Jangan Biarkan Pengerusi FGV Lantikan PN Terus Menghirup Darah Peneroka
- Isham Jalil Akan Di Lantik Sebagai Ahli MKT UMNO
- Hishamuddin Perlekehkan Peranan ATM Kerana Mahu Alih Perhatian Rakyat Dari Skandal UKSB?
- Isu Tajuddin Di Gugurkan Dari MKT UMNO, Jangan Probok Probok Lah…
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Kerana Mahathir Tugas Berat Menanti Tajuddin Rahman Di Indonesia