55 serbuan dadah, 420 serbuan maksiat di KL

55 serbuan dadah, 420 serbuan maksiat di KL

55 serbuan dadah, 420 serbuan maksiat di KL

KUALA LUMPUR: Sebanyak 475 serbuan ke atas pusat hiburan dilaksanakan di sekitar ibu kota berkaitan penyalahgunaan dadah dan aktiviti maksiat, sejak Januari hingga Jun tahun ini.

Selain itu, sebanyak 124 kes dengan seramai 160 tangkapan dilakukan ke atas mereka yang terbabit dalam penyalahgunaan dadah di pusat hiburan, selain rampasan sebanyak 5,135.57 gram pelbagai jenis dadah dan 450 liter cecair pelbagai jenis dadah, dalam tempoh sama.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata pihaknya mengambil maklum terhadap pendedahan oleh Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) mengenai senarai 15 pusat hiburan yang didakwa menjadi pusat pengedaran dadah di ibu negara.





“PDRM menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) sentiasa mengambil tindakan terhadap aktiviti pengedaran dadah di seluruh negara dengan mengadakan 194 serbuan berkaitan dadah di seluruh negara sepanjang 2022.

“Sebanyak 9,208.81 gram rampasan pelbagai jenis dadah dan 450 liter cecair pelbagai jenis dadah dirampas dalam serbuan pusat hiburan di seluruh negara selain melakukan 194 serbuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noorsiah berkata, turut direkodkan dalam serbuan di seluruh negara adalah kejayaan mengesan 449 kes dengan tangkapan sebanyak 504 individu mengikut pelbagai seksyen kesalahan yang termaktub bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.


Disyorkan Untuk Anda :


“Bagi aktiviti maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) menjalankan Ops Noda di lokasi yang disasarkan seperti rumah urut, hotel dan pusat hiburan.

“Dalam operasi ini sebanyak 995 serbuan dijalankan antara Januari hingga April tahun ini dengan tangkapan seramai 2,948 orang yang disyaki terbabit dalam aktiviti pelacuran dan pusat hiburan di seluruh negara,” katanya.





Di Kontinjen Kuala Lumpur sahaja, katanya, sebanyak 420 serbuan dilakukan dengan tangkapan seramai 1,115 orang dalam tempoh sama.

“Selain itu, 55 serbuan melalui operasi secara bersepadu bersama lain-lain Jabatan PDRM dengan tangkapan seramai 117 orang dalam tempoh sama membabitkan serbuan pusat hiburan di seluruh negara.

“Dalam membanteras aktiviti haram ini, PDRM sentiasa menjalankan risikan dan pemantauan ke atas laman sosial atau aplikasi yang dikesan mengiklankan aktiviti persundalan selain bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) untuk memantau laman sesawang internet bagi menyekat aktiviti sedemikian,” katanya.

Noorsiah berkata, PDRM terbuka untuk menerima sebarang maklumat aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah dan ia boleh disalurkan menerusi hotline JSJN di talian 012-2087222.

Katanya, maklumat berkaitan aktiviti maksiat pula boleh disalurkan melalui e-mel kepada Bahagian D7 JSJ di alamat jsjd7_maksiat@rmp.gov.my.





Ismail Sabri Sengaja Tidak Hadir Mesyuarat Penting UMNO?

 

55 serbuan dadah, 420 serbuan maksiat di KL


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Ismail Sabri Sengaja Tidak Hadir Mesyuarat Penting UMNO?

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker