Dua beranak rentung di banglo

Dua beranak rentung di banglo
Dua beranak ditemui rentung dalam kebakaran sebuah banglo di Seputeh, hari ini.

Dua beranak rentung di banglo

KUALA LUMPUR: Dua beranak rentung manakala dua lagi melecur dalam kebakaran di sebuah rumah di Taman Gembira, Seputeh, hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, Rozihan Anwar Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 6.22 pagi.

“Empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh, BBP Pantai, BBP Sri Petaling dan BBP Hang Tuah bergegas ke lokasi kejadian.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 6.54 pagi dan padam sepenuhnya pada jam 7.12 pagi sebelum menemui dua mangsa rentung,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.





Beliau berkata, kediaman banglo tiga tingkat itu dihuni enam sekeluarga dan mangsa yang rentung dipercayai warga emas wanita berusia 61 tahun dan anaknya berusia 27 tahun, masing-masing berada di bilik berasingan.

“Api dipercayai bermula dari tingkat tiga kediaman terbabit sebelum merebak ke tingkat bawah,” katanya.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala dua lagi mangsa yang melecur dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Siasatan lanjut berhubung punca dan jumlah kerugian sedang dijalankan,” katanya.

 





10 cedera bas kilang terbabas

Dua beranak rentung di banglo

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Ismail Sabri Sengaja Tidak Hadir Mesyuarat Penting UMNO?

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker